Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul March 26, 2020 @ 2:43pm

“Berapa Minggu Jadi Pemain Nombor 1 Dunia?,”- Hairul Azreen Dikecam Tak ‘Study’ Sebelum Temuramah Lee Chong Wei

BARU-BARU ini bekas pemain nombor 1 dunia, Datuk Wira Lee Chong Wei kembali menjadi bualan apabila beliau memuatnaik sekeping foto dan menceritakan tentang kisahnya menghadapi situasi panic buying ketika tempoh Kawalan Pergerakan  yang berlaku ketika ini. 

Selepas beberapa hari  insiden itu, pelakon Hairul Azreen telah mengambil peluang untuk menemubual pemain badminton lagenda itu dengan mengadakan sesi Live  di Instagram. 

Namun, perbualan santai di antara mereka berdua telah menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir netizen apabila pelakon filem Paskal itu bertindak bertanyakan soalan “Berapa minggu encik jadi pemain nombor satu dunia?,”

Tindakan suami kepada Hanis Zalikha ini telah mengundang kecaman netizen sekaligus disifatkan seperti tidak melakukan kajian  tentang latar belakang Lee Chong Wei sebelum mengadakan sesi temuramah tersebut. 

Tidak mudah melatah, Lee Chong Wei tetap menjawab soalan tersebut dengan profesional tanpa menunjukkan rasa tersinggung apabila diajukan soalan sebegitu. Malah, bekas Jaguh badminton ini juga sempat berkongsi kisah perjalanan hidupnya sepanjang 7 tahun menyandang gelaran sebagai pemain nombor satu dunia. Rata-rata netizen memuji sikap Lee Chong Wei yang sentiasa tenang dan merendah diri. 

Tidak mengapalah, mungkin Hairul Azreen rasa gementar ketika menemubual Lee Chong Wei. Sebab itulah dia boleh tersasul bertanya soalan seperti itu. Semoga Hairul Azreen lebih berhati-hati selepas ini supaya tidak mudah mendapat kecaman daripada netizen. Okay? 

Sumber: Instagram Hairul Azreen

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 26 Oct 2024
Events Thu, 16 Jan 2025

“Kalau Tak Nak Tengok, Lantaklah Saya Ada Hak”- Shuib Perjelas Dakwaan ‘Tunggang’ Isu Arwah Siti Sarah

‘Saya post orang rumah saya, bukan post orang rumah dia. Apa masalah dia? – Shuib

Featured Thu, 1 Dec 2022
Featured Fri, 15 May 2026

Alif Satar Puji Hun Haqeem Hadir Ride #SubuhMacamJumaat – “Handsome Boy, Ini Baru Idola Gen Z”

Aliff Satar memuji pelakon, Hun Haqeem baru-baru ini apabila hadir bersama-sama menyertai konvoi motosikal, ‘Ride Subuh Macam Jumaat’.

Trending Fri, 18 Sep 2020
Featured Sat, 28 Feb 2026

“Saya Tak Suka Orang Mengatur-Atur Hidup Saya” – Que Haidar Serah Soal Jodoh Pada Tuhan

Pelakon Que Haidar tampil menjelaskan pandangannya berhubung soal jodoh dan kehidupannya sekali gus menegaskan dia lebih selesa menyerahkan segalanya kepada ketentuan Tuhan.

error: Content is protected !!