Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin January 16, 2025 @ 6:33pm

“Kalau Tak Nak Tengok, Lantaklah Saya Ada Hak”- Shuib Perjelas Dakwaan ‘Tunggang’ Isu Arwah Siti Sarah

Seperti sedia maklum, isu tunggang membabitkan bekas isteri yang juga arwah Siti Sarah Raisuddin bukanlah satu perkara baharu yang harus dihadapi pelawak dan usahawan, Shuib.

Katanya, tindakan tidak memuat naik hantaran berkenaan arwah Sarah adalah kerana tidak mahu isu ini timbul.

Bagaimanapun, dia sedar bahawa tindakan itu hanya akan membuatkan dia beasa zalim dengan diri sendiri memandangkan orang lain tidak akan berhenti bercakap mengenai isu tersebut.

“Saya rasa perkara ni bukan baru sekarang tapi dah lama. Ada sahaja orang cakap kalau saya tak post, nanti orang cakap saya lupa orang rumah saya, tapi  kalau saya post nanti dia cakap benda ni (isu tunggang).  Hujung-hujungnya mereka akan cakap juga, jadi lantak lah mereka.

“Sebab kalau rasa tak nak tengok, tak payah. Saya post orang rumah saya, bukan post orang rumah dia. Apa masalah dia? Kita ni tak semua orang boleh suka satu benda yang sama, tak boleh.  Jadi kalau kau tak suka, kau jangan tengok,” katanya.

Mengulas lanjut, Shuib menjelaskan bahawa dia ada hak untuk memuat naik atau tidak mengenai perkara itu.

Bahkan, tujuan dia memuat naik mengenai arwah adalah dengan harapan agar orang ramai mendoakannya di sana.

“Sebab saya ada hak itu. Ada masa kalau saya rasa nak post saya akan post, tapi kalau saya rasa saya tak nak post, saya takkan post. Ada satu time sebenarnya dua kali, birthday arwah saya tak post, pasal hari dia meninggal pun saya tak post. Sebab saya terasa dengan orang macam ni. Kata tunggang cerita isteri lah…  cuba bayangkan kalau benda ni jadi pada anda. boleh buat tak?

“Tapi saya rasa saya pula zalim dengan diri saya, saya ikut kehendak orang. Dan ahli keluarga saya pun mungkin akan tertanya-tanya juga dan saya pun rasa sakit hati.

“Sebenarnya saya rasa mungkin mereka yang sakit mental sekarang ni, itu jelah. Jadi,  sekarang ni saya tak peduli. Kalau saya rasa nak post saya akan post, itu hak saya.

“Niat saya post adalah dengan harapan ada orang doakan dia, jadi kenapa tidak? Sebab kalau fikir pasal orang pun, saya rasa masa saya susah atau senang ke, orang tu takkan sampai depan rumah saya untuk tolong saya. Boleh cakap je,” jelasnya.

Shuib berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui XTRA usai sidang media Gempak Most Wanted Award 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Anugerah berpestij itu turut mengumumkan calon Top 5 merangkumi 11 kategori termasuk Selebriti Tergempak, Program Digital Tergempak, Digital Creator (Lifestyle) Tergempak, Digital Creator (Foodie) Tergempak dan Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak.

Ini termasuklah, anugerah khas Keluang Man of The Year dan Gempak Most Wanted 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Mar 2023
Trending Sat, 13 Mar 2021

Yonnyboii Bergabung Dengan Penyanyi Indonesia, Filipina & Thailand

Sejajar dengan pelancaran filem Disney berjudul ‘Raya And The Last Dragon’ dan untuk meraikan filem Walt Disney Animation Studios yang pertama berinspirasikan budaya Asia Tenggara, empat artis muzik terkenal yang berasal dari Indonesia, Filipina, Thailand […]

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Selesai Merisik, Qi Razali Cari Tarikh Sesuai Bertunang

Qi juga akui dia cukup teruja untuk ke langkah seterusnya memandangkan dia bukannya muda lagi dan juga mahukan ada anak sendiri.

Featured Fri, 15 Mar 2019
Featured Mon, 13 Mar 2023

[VIDEO] “Jangan Balas Dendam Ya… Saya Sayang Malaysia & Singapura” – Aaron Aziz Mohon Semua Bersabar

‘Bukan nak tunjuk pandai, cuma nak amankan keadaan’ – Aaron Aziz

Featured Tue, 23 Feb 2021

Bantuan One-Off RM 500 Buat 4 Golongan Ini Bermula 22 Februari

Menerusi Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Kerajaan mengumumkan bantuan kewangan one-off sebanyak RM500 ringgit kepada pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e- hailing, bagi meringankan beban mereka.⠀ ⠀ Menurut […]

error: Content is protected !!