Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 15, 2025 @ 9:38pm

Karya Komedi Islamik Thailand Sarat Nilai & Hiburan, Filem Isan Nikah Bakal Tawan Hati Penonton

Selepas kejayaan filem seram Islamik Khong Khaek tahun lalu, syarikat produksi dari Thailand, Monwichit Entertainment kembali dengan sebuah lagi naskhah segar dan menghiburkan bertajuk Isan Nikah.

Kali ini, mereka tampil dengan genre komedi berunsur Islamik yang bukan sahaja mencuit hati, tetapi turut mengetengahkan isu sosial yang jarang dibicarakan dalam sinema Asia Tenggara iaitu perkahwinan campur berlatarbelakangkan perbezaan agama dan budaya.

Diarahkan oleh pengarah berbakat Kriangkrai Monwichit, filem ini mengangkat kisah cinta antara seorang gadis Muslim dari Pattani, Sophia (lakonan Kamonporn Sangwatcharasoontorn), dan jejaka Buddha dari Isan, Bak Kai (Nattawut Sanyabut) yang akhirnya memeluk Islam demi menikahi kekasihnya. Namun, rintangan hadir dalam bentuk abang kepada Sophia, Bang Lee (dilakonkan oleh influencer popular Amadkuciasree Doloh @ Chalee), yang menentang hebat hubungan mereka kerana trauma silam.

“Isan Nikah adalah sebuah filem yang sangat menarik untuk ditonton apabila menampilkan kisah perkahwinan membabitkan perbezaan agama serta budaya, lalu diolah untuk menjadi sebuah kisah komedi yang lucu dan mencuit hati,” ujar pengarahnya.

Dibalut dengan elemen humor, Isan Nikah turut berjaya mengetengahkan budaya masyarakat Muslim di selatan Thailand, satu naratif yang jarang dipersembahkan di layar perak. Dari lokasi perkampungan yang autentik, makanan tradisional, sehingga ke bahasa dan gaya hidup masyarakat, semuanya disusun kemas dalam naskhah ini, menjadikan ia bukan sekadar menghiburkan, malah membuka mata tentang sisi lain masyarakat Thailand.

Apa yang membuatkan Isan Nikah lebih istimewa ialah keberanian pengarahnya menggabungkan elemen agama dengan komedi secara harmoni. Konflik yang dibentangkan terasa dekat dengan penonton dan disampaikan tanpa prejudis. Ia penuh sindiran sosial yang halus, tetapi tetap mengekalkan nilai kasih sayang, pengorbanan dan erti sebenar keluarga.

Filem ini juga mendapat sentuhan edaran tempatan oleh Empire Film Solution Sdn. Bhd. untuk tayangan di pawagam seluruh Malaysia.

“Namun, Isan Nikah ini kami lihat ia sebuah filem yang menarik untuk ditonton. Selain sarat dengan komedi yang menghiburkan, ia mengetengahkan tentang budaya dan kehidupan masyarakat Muslim di selatan Thailand yang jarang dipaparkan dalam sesebuah naskhah,” kata Pengarah Urusan Empire Film Solution, Mohamad Zubir Badar Shair.

Dengan kekuatan barisan pelakon hebat seperti Chatchai Chinnasri, Adull Borsu dan Mustakim Bahadon serta kombinasi visual sinematik yang memukau, Isan Nikah muncul sebagai filem wajib tonton yang membawa kelainan dalam sinema Asia Tenggara.

Isan Nikah bukan sekadar komedi ringan, ia adalah kisah tentang cinta, penerimaan, dan keberanian melangkaui batas budaya demi kebahagiaan. Jangan lepaskan peluang menonton filem ini di pawagam bermula 17 Julai 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Jul 2018

Pemergian Anak Syurga, Jenazah Adam Rayqal Dikebumi Malam Ini

Al- Fatihah…Jenazah Adam Rayqal Mohd. Sufi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Sekolah, Kuala Terengganu lewat malam ini.

Featured Fri, 12 Aug 2022

[VIDEO] Guna Visa Pelancongan, Individu Dakwa ’Pengkid’ Tunai Umrah Berihram! – “Kau Sebenarnya Berp*ssy”

Astarghfirullahalazim.. 😢 Tak takut ke persenda agama macam ni 😭 Speechless min!! 💔

Hiburan Thu, 27 Jul 2023

Lafaz Cerai Pada 22 Februari Sah, Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada Lega Kemelut Rumah Tangga Berakhir Dengan Talak Satu

Shuhada kata dah habis tempoh iddah selepas keguguran pada hari raya kedua. Syukur semua selesai dengan baik

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Idris Khan Akui Dirinya Memang ‘Show Off’, Tayang Gambar Tak Berbaju

Idris Khan memang saja nak show off sengaja tayang gambar tak berbaju di laman instagram miliknya

Featured Fri, 22 May 2026

“Berat Badan Susut Drastik, Muntah, Hidung Berdarah & Pitam 3 Kali” – Zul Ariffin Berkorban Demi Watak

Zul Ariffin mengaku watak yang disandang dalam filem terbaharunya berjudul, The Furious: Pertaruhan Maruah adalah antara filem paling brutal yang pernah dibawakannya.

Trending Tue, 12 Mar 2019
error: Content is protected !!