Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 22, 2025 @ 12:45pm

“Harta Saya Untuk Isteri, Bukan Anak-Anak” – Johan Tegas Didik Anak-Anak Berdikari

Pelawak dan penyampai radio popular, Johan berpegang pada satu prinsip tegas dalam kehidupan tidak akan mewariskan harta hasil titik peluhnya kepada anak-anak, sebaliknya mahu mereka belajar berdikari dan membina kehidupan dengan usaha sendiri.

Menurut Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 41, segala harta yang dikumpul selama ini akan diserahkan kepada isteri tercinta, Ozlynn Waty yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaannya.

“Sebagai bapa, saya dah bekalkan anak-anak dengan pendidikan yang boleh mereka gunakan bila dewasa nanti. Biarlah mereka cari rezeki sendiri.

“Saya kerja keras siang malam jadi penyampai radio, pelawak, usahawan semua kerana nak tanggung keluarga. Anak nak apa pun, saya usahakan. Tapi bila mereka besar nanti, mereka kena berdikari,” katanya.

Johan berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Pusat Pameran Motosikal Elektrik (EV) GGR Motor miliknya di Taman Melawati, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Johan turut menegaskan, dia tidak mengharapkan balasan daripada anak-anak, sebaliknya mahu mereka berjaya dengan ilmu dan didikan yang diberikan.

“Tanggungjawab saya ialah pastikan mereka dapat pendidikan terbaik. Tapi saya tak ada niat nak wariskan legasi perniagaan kepada anak-anak sebab belum tentu mereka minat benda sama.

“Saya percaya setiap anak perlu cari jalan dan kejayaan sendiri. Harta yang saya kumpul ini untuk isteri, bukan anak cucu. Saya dah bekalkan anak-anak dengan tiga perkara penting pendidikan, ilmu dan pelajaran,” ujarnya.

Pemilik restoran popular Itik ke Ayam? itu turut menegaskan semua anaknya perlu belajar mencari rezeki atas usaha sendiri tanpa bergantung kepada harta peninggalan.

“Selagi saya hidup, kekayaan saya bukan untuk mereka. Saya mahu mereka faham nilai usaha dan berdikari. Malah, kalau perniagaan restoran ini nanti disenaraikan sebagai syarikat awam (IPO), saya tak teragak-agak untuk jual semua pegangan saham saya,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Johan mengakui kasihnya terhadap isteri begitu mendalam, malah setiap kali pulang dari kerja, dia akan mencari Ozlynn terlebih dahulu.

“Anak-anak akan membesar dan akhirnya mereka akan tinggalkan rumah bila berkeluarga nanti. Tapi isteri saya akan tetap di sisi sampai akhir hayat. Sebab itu dari sekarang, saya biasakan diri untuk utamakan dia,” katanya.

Johan dan Ozlynn mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan dikurniakan enam cahaya mata Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania, dan Nur Latifah Cherdiq Hanania.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

Fasha Sandha Buka Mulut Tentang Kahwin

Ibu kepada dua anak ini juga memberitahu dia perlukan sedikit masa untuk terus mengenali hati budi Aidil dan juga keluarganya.

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Johnny Depp Saman Bekas Isteri 50 Juta Kerana Kes Dera

Pelakon Hollywood terkenal Johnny Depp hari ini mengeluarkan  saman kepada bekas isterinya yang juga pelakon Aquaman iaitu Amber Heard berhubung kes penderaan yang melibatkan dirinya.

Hiburan Sat, 31 May 2025
Trending Mon, 31 May 2021

“Tersilap Memuat Naik Screen Shot” – Pengurus Media Sosial Ibu Neelofa Tampil Mohon Maaf

Pengurus media sosial kepada ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang dikenali sebagai Zulshafiqah Zulkafli tampil membuat permohonan maaf di laman Instagram peribadi miliknya. Ia berhubung isu yang timbul mengenai hantaran yang dimuat naik […]

Featured Wed, 31 Jul 2024
Events Wed, 3 Aug 2022

Kembali Selepas 6 Tahun Sepi, Penganjur Harap Syarat Pencalonan Tak Jadi Sebab AIM 23 Kurang Dapat Sambutan Penggiat Industri

Wowwww! Akhirnya anugerah berprestij ini kembali. Tunggu bulan 9 ya semua!! 🤩🤩

Events Mon, 1 Jul 2019

小提琴家Dennis Lau演奏会圆满举行!汇集各族好友献唱添文化色彩

大马著名小提琴家Dennis刘凯彦「The Chosen」演奏会圆满举行,圈中各族好友纷纷助阵献唱,为演奏会增添多元文化色彩。

error: Content is protected !!