Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 31, 2025 @ 12:03pm

“Saya Tak Pernah Cakap Nak Sambung Belajar Di Luar Negara” – Syasya Rizal

Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai punca sebenar dia mengundurkan diri daripada kumpulan popular itu.

Menerusi satu hantaran di platform X, Syasya menafikan pernah mengeluarkan kenyataan dia akan melanjutkan pengajian ke luar negara mengikut suami seperti yang hangat diperkatakan sebelum ini.

“Sejujurnya, saya tak pernah cakap nak sambung belajar di luar negara. Cerita itu sebenarnya datang daripada nenek saya semasa sesi temubual.

“Ketika itu dia agak gementar dan saya faham. Dia hanya cuba melindungi saya, dan saya sangat menghargai niat baik dia,” katanya.

Kenyataan itu dimuat naik bagi menjernihkan keadaan selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai sebab sebenar dia meninggalkan Dolla.

Menolak dakwaan kononnya sudah ‘angkat kaki’ daripada dunia hiburan, Syasya menegaskan dia masih aktif berkarya walaupun kini bergelar isteri dan ibu.

“Saya masih menyanyi, masih berkongsi, masih belajar sebagai seorang isteri, seorang ibu, dan seorang gadis dengan impian yang besar. Insya-Allah,” katanya lagi.

Sebelum ini, peminat mula membuat andaian Syasya mengundurkan diri kerana mahu menumpukan perhatian kepada keluarga dan pelajaran, namun kenyataan terbaharunya itu menafikan semua khabar angin yang heboh sejak awal perkahwinannya bersama suami, Nasrullah Mohd Sapie.

Sekadar info, Syasya mendirikan rumah tangga bersama Nasrullah pada 20 April 2024 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada 23 Disember 2024.

Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Bangga Kejayaan Dolla, Terus Beri Sokongan Meski Haluan Berbeza

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Nov 2025

Rasa Zaman Dah Berlalu, Aliff Syukri Tumpang Rezeki Anak – “Dulu Saya Teringin Jadi Artis, Tapi Sekarang…”

Tercalon dalam kategori Ekstra! Seller Terpaling Popular ABPBH 37 bersama Ammar Ahyan, Datuk Seri Aliff Syukri merasakan dirinya sekadar tumpang populariti anak.

Trending Sun, 29 Apr 2018

Louis Arthur Charles, Nama Putera Kedua Pasangan Diraja Britain!

Bayi ketiga William dan Kate itu dilahirkan seberat 3.8 kilogram pada 23 April lalu di Hospital St Mary, di barat London.

Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Kongsi Video Anak ‘Sleep Call’ Dengan Kekasih, Ramai Puji Sikap Sharifah Zarina – “Sporting Ye Parents Macam Ni!”

Penyanyi Sharifah Zarina dipuji segelintir wargamaya yang menyifatkan dirinya sebagai ibu yang ‘sporting’. Menerusi hantaran di TikTok, Zarina merakam anaknya, Athalia yang sedang ‘sleep call’ bersama teman lelakinya. ‘Sleep call’ merupakan terma yang digunakan apabila […]

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Madonna Just Turned 60 but Still Looking Hot as Ever

She celebrated her birthday in style too.

Hiburan Thu, 19 Dec 2024

Lan Zailan Menghembuskan Nafas Terakhir

Lan Zailan meninggal dunia.

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

WOW! Bella Hadid Jadi Pengikut Neelofa Di Instagram

Pergh…Untunglah Lofa, Bella Hadid kot!

Trending Mon, 25 Nov 2019

Pemandu Terselamat Walaupun Kereta Terjunam…

Bahayanya! Mesti pemandu tak sempat elak…

error: Content is protected !!