Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 25, 2022 @ 1:37pm

Tahniah Wira Malaysia! Ramai Sokong Abang Viva Terima Pingat Jasa Kebaktian

Berita yang amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia mengenai Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar yang baru sahaja menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK)  bersempena dengan Hari Ulang Tahun Ke-73 Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Azwan merupakan insan yang berjaya mencuri tumpuan ramai dek kerana jasanya dalam membantu mangsa banjir bermula di Puchong disusuli Taman Sri Muda, Shah Alam dan Temerloh, Pahang.

Pada ketika itu, Azwan bergerak secara solo memandu Perodua Viva dengan membawa bot getah yang diletakkan di atas bumbung keretanya, menuju ke lokasi banjir dengan berbekalkan wang RM50 oleh ibunya.

Susulan itu, rata-rata masyarakat Malaysia menghargai jasa insan bernama Azwan sehingga digelar wira banjir.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di media sosial, ramai dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa kagum dan bangga atas pencapaian Azwan.

Dalam pada itu, penyanyi rock legenda dan vokalis kumpulan Search, Suhaimi A. Rahman atau lebih mesra disapa Amy Search turut menjadi antara 163 penerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Artikel Berkaitan: Dikurniakan Gelaran Datuk, Amy Search Luah Rasa Syukur – “Saya Tetap Amy Search”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 31 Jan 2020
Trending Tue, 23 Jun 2020

Senarai Bantuan Khas Kerajaan Untuk Rakyat Akibat COVID-19, Cara Mohon Bantuan

Ramai yang tak tahu sebenanrya korang boleh mohon banyak bantuan. Jom tengok!

Hiburan Tue, 13 May 2025
Hiburan Sat, 14 Mar 2026

“Ingat Dia Bergurau” – Suasana Kecoh Di Fiesta Mega Raya, Roslan Shah Terkejut Peminat Pengsan Lepas Ajak Bergambar

Seorang peminat wanita tiba-tiba pengsan selepas bergambar dengan Roslan Shah.

Featured Mon, 27 Mar 2023

Bella Dally Minta Jangan Tanya Soal Anak – “Kadang-Kadang Ia Stress Sebab…”

Hmm kadang-kadang kita kena sensitif dalam beberapa hal…

Events Sat, 26 May 2018

Apa Jadi Bila ‘Lawak Kampus’ Bertemu BoBoiBoy Galaxy?

Kolaborasi antara Kadokawa Gempak Starz dan Animonsta Studios Sdn Bhd terjalin bersempena meraikan ulangtahun ke 15 ‘ Lawak Kampus’!

Events Tue, 13 Nov 2018

Kutipan 7UJUH Cecah RM 600,000 Lepas Lima Hari Tayangan

Raja Mukhriz Raja Ahmed Kamaruddin memaklumkan dia terkejut dengan sambutan penonton setakat ini.

error: Content is protected !!