Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 8, 2022 @ 5:41pm

“Sebenarnya Lagu Ini Bukan Typical Love Song, Tetapi..” – Marsha Dedah Maksud Disebalik Lagu Cinta

Naib Juara Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36), Marsha Milan mendedahkan maksud sebenar disebalik lagu Cinta hasil nukilan Hang Nadim (Akim Ahmad) dan juga isterinya, Bunga Cantik (Stacy Anam).

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Joox di TikTok, Marsha menjelaskan bahawa lagu Cinta itu bukan merupakan sebuah lagu mengenai kisah cinta, tetapi sebenarnya jika lirik lagu didalami, ia berunsurkan ketuhanan.

@joox_my

@marsha_milan ceritakan maksud dan kisah di sebalik lagu #Cinta yang memenangi Tempat Kedua dan Persembahan Terbaik di AJL36. #JOOXMY #MarshaMilan

♬ original sound – JOOX Malaysia – JOOX Malaysia

“Lagu Cinta sebenarnya adalah not your typical love song. It’s about kesedaran dalam kehidupan seharian kita.

“Di mana kita akhirnya sedar dan dekatkan diri kepada Pencipta kita,” ujarnya.

Tambah Marsha lagi, dia mengakui bahawa lagu tersebut sebenarnya tercipta dan berinspirasikan daripada liku-liku perjalanan hidupnya.

“Lagu ini adalah sebenarnya inspirasi daripada kehidupan saya juga.

“We’ve gone through a lot dan akhirnya kita jumpa kesedaran itu dan kita dekatkan diri kita dengan Allah.

“Jadi, sebenarnya lagu ini ada unsur ketuhanan di situ,” katanya.

Bagaimanapun, Marsha berkata maksud lirik lagu ini adalah berbeza dan bergantung kepada fahaman setiap individu kerana mereka mempunyai perjalanan dan penceritaan hidup yang berbeza-beza.

“Tetapi terpulang kepada individu masing masing untuk interpret lagu ini sebab everyone have their own cerita yang mereka boleh kaitkan dengan lirik ini,” ujarnya lagi.

Ini rupanya maksud lagu Cinta, sangat deep ya!

Artikel berkaitan: “Terima Kasih Marsha” – Akim Ahmad & Stacy Anam Tersentuh Hati Lihat Persembahan Marsha Milan di AJL 36

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 May 2022
Trending Wed, 11 Jul 2018

Jho Low Tidak Lagi Di Macau

PDRM menerima emel daripada pihak berkuasa negara berkenaan dua hari lalu memaklumkan mengenai status serta lokasi terkini Jho Low.

Trending Mon, 19 Apr 2021

Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Berita gembira terbabit dikongsikan oleh pihak pengurusan Siti Nurhaliza Productions menerusi hantaran terbaru di laman sosial milik Siti. “Isnin, 19 April 2021 […]

Hiburan Mon, 10 Jun 2019
Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Saya Boleh Terima Teguran Tapi Bukan Cacian – Sharifah Amani

Kita akan lebih jauh hati kalau dicaci dari dibantu, betul kan?

Featured Thu, 22 Sep 2022
Featured Sun, 19 Apr 2020

Atiqah ajak masyarakat teroka misteri gua di Malaysia

Gua sumber biodiversiti penting untuk hidupan

error: Content is protected !!