Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 12, 2020 @ 6:37pm

Mengaku Belum Lamar Intan Ladyana, Foto Pre Wedding Hanya Gimik Lagu Baru Harris Alif?

Sebelum ini, penyanyi, pelakon dan pengacara, Harris Alif, 21, berkongsi foto berkonsepkan pra-perkahwinan menerusi akaun Instagram miliknya pada minggu lalu.

Menerusi foto terbabit, ramai yang membuat telahan yang Harris sudah melamar kekasihnya, Intan Ladyana, 38.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Foto Ala Pre Wedding, Harris Alif Bakal Berkahwin Dengan Intan Ladyana?

Menafikan perkara itu, Harris menjelaskan yang foto pemberian cincin terbabit hanyalah salah satu sedutan adegan muzik video lagu terbarunya yang berjudul Anugerah.

“Tidaklah, itu bukan cincin kahwin. Tak wujud istilah melamar sebab saya masih belum memberikan Intan sebarang cincin. Malah, cincin yang diberikan dalam muzik video terbabit adalah milik salah seorang kru yang dijadikan props.

“Biarpun Intan terlibat dalam muzik video terbabit, saya tak anggap perkara ini satu gimik. Saya  hanya berkongsi salah satu foto yang menjadi babak dalam muzik video Anugerah. Lagipun, lagu ini saya dedikasikan khas untuk Intan. Ketika saya diberikan demo lagu ini saya terus jatuh cinta dan ingin merakamnya,” kata Harris kepada Xtra.

Tambah hos program Generasi Z ini lagi, dia masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin dalam waktu masa terdekat.

“Sejujurnya, dalam masa terdekat, belum ada lagi sebarang perancangan menuju kea rah itu. Saya dan Intan akan beritahu kepada media apabila masanya sudah tiba. Perkara berkaitan perkahwinan atau bertemu keluarga akan dikongsikan andai kami sudah bersedia nanti.

“Namun, sekarang ini apa yang membuatkan kami gembira adalah saya mendapat maklum balas yang positif di Instagram mengenai lagu Anugerah dan hubungan kami. Ramai yang memberikan sokongan dan mendoakan yang terbaik,” katanya.

Bercerita mengenai lagu Anugerah, Harris mengakui proses pembikinan single terbarunya ini agak mencabar.

“Bagi saya sendiri, bahagian yang paling mencabar dan agak susah adalah penghayatan lagu itu. Saya perlu benar-benar mendalami untuk serasikan diri dengan keseluruhan idea Anugerah. Ini adalah lagu sulung saya bersama Sony Music Malaysia.

“Kemudian, saya juga harus memahami secara mendalam konteks dan mesej yang perlu disampaikan. Adalah dalam tiga hari memerah otak siapkan lagu ini. Begitu juga dari sudut menyalurkan emosi di mana aspek ini adalah keutamaan paling penting untuk membuatkannya lebih hidup.

“Itulah pentingnya perbincangan berterusan dengan pencipta lagu. Saya harus mengucapkan terima kasih kepada Archie Nasution yang banyak membantu untuk lancarkan penghayatan serta emosi dalam nyanyian sepanjang rakamannya” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 May 2022
Hiburan Wed, 21 Aug 2024

Terbit Semula Lagu Terlalu Cinta, Yovie Widianto Pilih Lyodra

Lagu ini pernah dipopularkan Rossa pada 2006.

Featured Tue, 14 Sep 2021
Featured Mon, 17 Feb 2025

Lagu ‘Hening Rindu’ Marsha Milan Sentuh Jiwa Thalita, Shuib Dedah Punca Anak Menangis

Saya pun nak nangis sebab teringat arwah Sarah pernah beraksi di stage itu.

Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] “Video Dia Setahun Sekali, Kena Tunggu Tahun Depan” – Ramai Tertunggu-Tunggu Kemunculan Mira Filzah Di TikTok

Pelakon terkenal, Mira Filzah meraih perhatian warganet selepas tular sebuah videonya di TikTok, baru-baru ini. Menerusi hantaran berdurasi 34 saat itu, Mira sedang duduk sambil ‘lip sync’ menggunakan lagu berjudul Sure Thing nyanyian Miguel dengan […]

Trending Mon, 5 Nov 2018

Pasangan Kekasih Maut Tergelincir Dari Ketinggian 245 Meter Ketika Berswafoto!

Bagaikan kisah Romeo dan Juliet, menemui ajal bersama…sedihnya!

Trending Wed, 6 May 2020

Rentas Negeri Di Kuala Lumpur Bermula Esok

Mohon ambil perhatian buat mereka yang berada di KL..

error: Content is protected !!