Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 6, 2021 @ 11:00am

Wany Hasrita Nafi Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dalam Masa Terdekat – “Kalau Sudah Ada Kad Jemputan, Barulah Kita Tahu”

Pelantun lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita menafikan bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat selepas terdapat segelintir warganet mendakwa Wany bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya yang juga seorang juruterbang.

Tegasnya, dia kini sedang sibuk untuk fokus terhadap kerjaya terlebih dahulu memandangkan Wany kini sedang berjinak-jinak di dalam bidang pengacaraan.

“Masih belum ke peringkat seterusnya ataupun tidak, susah untuk saya kongsikan sebab tiada apa yang rasmi lagi setakat ini. Lainlah kalau sudah ada kad jemputan barulah kita tahu,” katanya ketika menghadiri pertunjukkan KL Fashion Week baru-baru ini.

Tambahnya lagi, jadual kerja yang terlalu padat sehingga penghujung tahun 2021 sekaligus menjawab dakwaan warganet mengenai khabar angin tentang perkahwinannya itu.

Pemenang tempat ketiga, Anugerah Juara Lagu ke-35 ini juga enggan mengulas lanjut mengenai desas-desus hubungannya dengan juruterbang tersebut.

” Bab itu, biarlah rahsia,” jawabnya ringkas.

Terdahulu, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 28, masih belum bersedia berkongsi wajah kekasih hatinya itu kepada umum.

 

 

 

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Ask Me Question? Jawapan Fynn Jamal Betul-Betul Mengejutkan

Nak tahu Fynn jawab apa? Bacalah artikel ni okay!

Featured Fri, 22 Feb 2019
Eat Travel Sat, 18 Apr 2020

Adam Corrie kongsi resipi mi kicap wantan

Cuba sekali pasti nak lagi!

Featured Mon, 6 Oct 2025

“Saya Dib*gelkan 3 Kali” – PU Rahmat Kongsi Pengalaman Ditahan Isr**l, Sifatkan Penceroboh Sebagai Bangsa ‘Penakut’

PU Rahmat menyorot perhatian ramai apabila berkongsi pengalamannya ketika berada dalam tahanan pihak Isr**l.

Hiburan Fri, 28 Dec 2018

Elfira Loy Kongsi Ciri-Ciri Si Tunang Pilihan Hati

Tak sabar rasanya nak tengok El kahwin!

Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Hiburan Mon, 17 Mar 2025

[VIDEO] Dapat Hadiah Daripada Keluarga Mentua, Netizen Puji Atikah Suhaime Beruntung Dilayan Bak Puteri

Keluarga Mentua Atikah Suhaime buat kejutan, beri hadiah jenama mewah

error: Content is protected !!