Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Fadzlena Jafar April 18, 2020 @ 10:00am

Adam Corrie kongsi resipi mi kicap wantan

Jika sebelum ini, ramai yang gemar berkunjung ke restoran atau kafe untuk mencuba hidangan baharu pada hujung minggu, mungkin penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memberi peluang untuk anda memasak sendiri di rumah.

Tidak mustahil juga selepas lebih sebulan duduk di rumah, ramai yang sudah berjaya menggilap kemahiran memasak. Daripada hanya tahu menyediakan hidangan mudah, mungkin kini sudah arif memasak hidangan yang selalunya hanya dinikmati di restoran.

Hujung minggu ini, mungkin anda boleh mencuba satu lagi hidangan unik. Jika anda gemar mengumpul buku resipi, cuba cari resipi yang sedikit berbeza.

Anda juga boleh membuat carian mengenai resipi yang diidamkan dalam Internet atau YouTube, malah portal dan YouTube Hijab & Heels juga banyak berkongsi resipi untuk wanita kontemporari hari ini.

Khusus untuk penggemar masakan Cina, pelakon Adam Corrie Lee berkongsi resipi keluarganya iaitu mi kicap wantan.

Adam Corrie

Perkongsian Adam pada 9 April 2020 itu, mendapat maklum balas positif warga siber sehingga memperoleh lebih 30,000 tanda suka (Like) , malah rata-rata pengikutnya melahirkan kekaguman atas kemahiran pelakon berkenaan.

Berikut dikongsikan resipi mi kicap wantan cara Adam Corrie Lee.

a. Bahan-bahan mi:

Mi wantan

Minyak bijan secukupnya

Kicap pekat

Kicap cair

Sos tiram

Sayur sawi (siew pak choi)

Cara penyediaan:
  1. Leraikan mi wantan dan celur (bukan rebus) dalam air panas. Angkat dan tos mi berkenaan, masukkan ke dalam bekas serta masukkan air sejuk. Ulang langkah ini beberapa kali sehingga mi wantan tidak melekat.
  2. Masukkan semua bahan di atas dalam satu bekas lain, kacau sebati dan masukkan mi wantan tadi. Hidangan ini tidak perlu dimasak.
  3. Akhir sekali masukkan sayur sawi yang sudah dicelur dan hias dengan bawang goreng.

b. Bahan-bahan isi wantan:

Udang, dicelur atau ayam, dikisar

Daun bawang, dipotong halus

Lobak merah, dipotong halus

Sedikit tepung

Lada sulah

Sos tiram

Sedikit garam

Cara penyediaan:
  1. Gaul semua bahan. Anda juga boleh mencampur bawang besar ataupun cendawan, namun Adam lebih gemar membuat inti ringkas supaya inti tidak terlalu basah.
  2. Biarkan seketika.

c. Bahan-bahan kulit wantan:

Tepung gandum

Sedikit tepung ubi atau tepung jagung

Air panas mendidih

Sedikit garam

1 sudu besar minyak masak

Cara penyediaan:
  1. Masukkan kesemua tepung dalam satu bekas.
  2. Masukkan air panas, garam dan minyak besar. Uli sehingga lembut.
  3. Jadikan dalam bentuk bulat dan masukkan inti.
  4. Goreng wantan dalam minyak penuh.

d. Bahan-bahan sup ringkas:

Air

Lada sulah

Kiub ayam

Daun ketumbar

Bawang goreng

Cara penyediaan:
  1. Didihkan air seketika, masukkan lada sulah dan kiub ayam.
  2. Apabila sup sudah masak sepenuhnya, masukkan wantan yang sudah digoreng.
  3. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan bawang goreng.
  4. Hidang bersama-sama mi wantan tadi.

Gambar: Kredit Instagram @adamcorrielee

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Jun 2023
Eat Travel Thu, 19 Mar 2020

Lokasi tersembunyi saji pemandangan menarik

Rancang dahulu, sewa kemudian

Featured Wed, 12 Nov 2025

Digelar Bar*a & Tumpang Populariti Madu, Umisya Mazlan Tampil Pertahankan Diri! – “Lidah Manusia Terlalu Kejam”

Umisya tampil pertahankan diri gara-gara terima pelbagai tohmahan melampaui batas.

Featured Thu, 9 Jun 2022

Azri Iskandar Rancang Nikah Bulan Ini, Kenal Bakal Isteri Selepas 12 Hari Cerai – “Saya Nak Move On & Tak Nak Buang Masa..”

Kalau dah jodoh baru kenal pun boleh terus kahwin, tapi cepat betul eh Azri Iskandar move on? 👀

Featured Wed, 2 May 2018

Kakinya Ada Insuran Okay? Itu Antara 5 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Rihanna

Ada beberapa perkara yang anda tidak tahu tentang Rihanna juga penerima Anugerah Grammy ini dan 5 fakta itu sangat menarik!

Eat Travel Tue, 4 Dec 2018
Eat Travel Thu, 24 May 2018

12 Jenis Makanan Yang Paling Popular Dan Dicari Pengunjung Bazar Ramadan

Bazar Ramadhan merupakan destinasi popular pencinta makanan, sama ada mereka yang mencari sesuatu yang mudah dimakan atau sesuatu yang lain daripada yang lain.

error: Content is protected !!