Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 7, 2026 @ 8:00am

“Semua Ni Hasil Titik Peluh Sendiri, Dari Kosong Sampai Siap” – Mekyun Berjaya Miliki Rumah Pertama Sebelum Usia 30 Tahun

Pempengaruh media sosial, Mekyun, 29, mencuri perhatian apabila berkongsi khabar gembira memiliki rumah pertama hasil usaha sendiri.

Menerusi hantaran di Instagram, Mekyun meluahkan rasa syukur dan bangga apabila berjaya mencapai salah satu impian terbesar dalam hidupnya sebelum mencecah usia 30 tahun.

“Finally… rumah pertama Mekyun dah siap gais! Another milestone dalam hidup Mekyun! Semua ni hasil titik peluh Mekyun sendiri.

“Dari kosong sampai siap, Mekyun kerja keras, penat, jatuh bangun… semua Mekyun lalui sendiri dan hari ini, Mekyun berdiri dekat rumah ni dengan penuh rasa bangga,” tulisnya.

Lebih membanggakan, Mekyun berkongsi rasa syukur apabila berjaya memiliki kediaman idaman sebelum usia 30 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mekyun (@mekyunn)

“Mekyun berjaya capai semua ni sebelum umur 30 tahun… sesuatu yang dulu Mekyun pernah rasa mustahil. Tapi ternyatalah, bila kita tak berhenti percaya dan terus berusaha… impian kita itu boleh menjadi kenyataan,” tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Sentiasa Menjaga Batas Pergaulan” – Mekyun Tegas Foto Rangkul Lengan Adrian Mr. Pov Hasil AI, Minta Henti Fitnah

Mekyun turut menitipkan kata-kata semangat kepada pengikutnya yang menanam azam untuk memiliki kediaman sendiri.

“Untuk korang dekat luar sana yang ada impian nak ada rumah sendiri juga.. Percayalah cakap Mekyun. Satu hari nanti masa korang akan tiba juga. Teruskan usaha hari-hari dan jangan pernah berhenti percaya dengan impian korang.

“Happy sangat Mekyun gais. Tak sabar nak mula chapter baru dan bina banyak kenangan dekat rumah ni bersama-sama korang semua,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perempuan Hanya Kemas Rumah & K*ngkang? Mekyun Bidas Kenyataan DMA Islam – “Lelaki Macam Ni Punca Wanita Hilang Respect”
Dalam perkongsian tersebut, Mekyun turut menegaskan kejayaan memiliki kediaman sendiri adalah hasil titik peluh dan usaha berterusan tanpa bergantung kepada sesiapa.

Luahan itu bukan sahaja mencerminkan perjalanan jatuh bangun yang dilalui, malah menjadi inspirasi kepada pengikutnya untuk terus berusaha mencapai impian masing-masing.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah selain menyifatkan kejayaan Mekyun sebagai bukti bahawa kerja keras dan kepercayaan terhadap impian mampu membuahkan hasil.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 May 2018

Zul Ariffin Dah Mula Rimas?

Sekarang filem bergenre aksi sudah semakin mendapat permintaan sekali gus menyebabkan penerbit semakin berani mencuba genre ini. Alhamdulillah (dengan perkembangan ini) pelakon macam saya ada tempat di industri.

Hiburan Thu, 6 Apr 2023

Puteri Sarah Bakal Fail Pembelaan Tuntutan Nusyuz

Puteri Sarah Liyana bakal memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz.

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Ustaz Wadi Anuar Dipindahkan Ke Hospital Permaisuri Bainun

Ustaz Wadi Anuar Dipindahkan Ke Hospital Permaisuri Bainun Selepas Ada Cecair Keluar Melalui Hidung

Featured Mon, 8 Jun 2026

“Saya Memang Against Poligami” – Edika Yusof Sebak Lihat Penderitaan Ibu

Edika Yusof menolak poligami kerana ibunya sendiri pernah berdepan dengan situasi itu.

Hiburan Tue, 11 Jun 2019

肥妈什么料都敢爆!唯独对「他」会手下留情

相隔不到半年,叶丽仪、陈洁灵和玛俐亚再度联手,于8月10日重返云顶举办《三大超豪亚洲天后云顶2019》演唱会,以60至70年代歌曲及服装打扮,与歌迷重温当年情!

Featured Fri, 29 Oct 2021
Hiburan Fri, 8 Aug 2025
Featured Tue, 7 Feb 2023
Featured Thu, 1 Sep 2022
error: Content is protected !!