Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 8, 2025 @ 1:41pm

[VIDEO] “Mental Saya Sangat Koyak, Perlu Ambil Ubat” – Shila Amzah Imbau Detik Hitam Lari Dari Rumah Demi Selamatkan Diri

Penyanyi tersohor, Shila Amzah mengakui insiden melarikan diri dari rumah pada 2013 menjadi kenangan paling pahit dan detik tergelap dalam hidupnya.

Kata Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 34, ketika itu tekanan emosi yang menghimpit membuatkan dia hampir nekad menamatkan riwayat sendiri.

“Saya pernah terfikir untuk tamatkan hidup… malah saya perlu ambil ubat. Apa yang saya lalui ketika itu sangat sukar, tak mudah.

“Kejadian itu berlaku sewaktu saya lari dari rumah untuk selamatkan diri dan insiden itu memang menggegarkan seluruh Malaysia.

“Saya pernah buat video, itu adalah titik terendah dalam kehidupan saya. Tiada siapa tahu ke mana saya pergi,” katanya.

Bagaimanapun, Shila enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakannya ketika itu.

Berkongsi kisah itu ketika menjadi tetamu podcast Kita-Kita Aje! bersama pengacara, Datuk Aznil Hj Nawawi, Shila mendedahkan dia tetap berhubung dengan ibu bapa meskipun menghilangkan diri.

“Sebelum cukup 24 jam, saya akan hantar mesej kepada mak dan ayah untuk beritahu saya selamat supaya mereka tak boleh klasifikasikan yang saya hilang. Saya tahu apa yang saya buat ketika itu.

“Saya minta mereka jangan cari saya…  Saya cuma mahukan ruang untuk diri sendiri. Mental saya sangat koyak ketika itu.

“Seandainya saya terus berada di rumah ketika itu, mungkin saya dah tak ada hari ini,” katanya lagi.

Dalam tempoh sendirian itu, Shila berkata dia akhirnya menemui ketenangan selepas menyerahkan segalanya kepada Allah.

“Saya rasa kesunyian yang sangat mendalam, walaupun ada ramai orang di sekeliling. Saya rasa cukup tenang apabila saya sendiri bercakap dan mengadu kepada Allah. Tapi peristiwa itu memang membuatkan saya jatuh terduduk.

“Saya tidak menyalahkan ibu bapa saya, tetapi mungkin mereka tidak begitu memahami betapa runtuhnya pemikiran saya ketika itu,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Mar 2023

[VIDEO] Aedy Ashraf Kata Amelia Henderson Garang, Ini Reaksi Tuan Badan

Malu malu nampakk Aedy ni bila sebut pasal Amelia hehehe🤩😌

Featured Fri, 21 Nov 2025

Sharifah Sakinah Cari Tukang Urut Tak Banyak Cakap, Netizen Saran Dapatkan Khidmat Di Penjara Kajang – “Murah & Berbaloi”

Sakinah berkata, dia hanya mahukan sesi urutan yang ringkas, profesional dan bebas daripada ‘ceramah percuma’.

Trending Mon, 8 Feb 2021

Isu Campak Barang Pelanggan: “Mana Pergi Sifat Amanah & Tanggungjawab?” – Siti Sarah

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin menyuarakan pendapat mengenai video viral melibatkan pekerja syarikat kurier yang dilihat membaling barang-barang pelanggan. Bersuara dari perspektif seorang usahawan, Sarah yang mempunyai jenama kosmetik dan tudung sendiri itu mengakui sedih apabila […]

Hiburan Thu, 21 Feb 2019

Enggan Promosi Drama Dia Menantu Rahsia, Ashraf Muslim Buka Mulut

Pelakon Ashraf Muslim memaklumkan dia tidak pasti sama ada isu yang mengaitkan namanya dengan pelakon yang tidak mempromosikan drama sendiri merupakan sebuah gimik atau sebaliknya. Katanya ketika ditemui di sidang media Drama Festival Kuala Lumpur […]

Trending Sun, 25 Oct 2020

Lagu Cinta Kita Kembali Untuk Musim Ke-2!

Wah, kembali untuk musim kedua!

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

#AltimetAir Jelajah Terakhir Altimet?

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi yang semakin dikenali menerusi lagu Air ini. Altimet mengakui menyimpan hasrat dan impian untuk menghiburkan peminatnya sebelum beliau bersara pada 27 November ini diusia beliau 40 tahun

Trending Tue, 17 Mar 2020

Sepi Dan Kosong! Foto-Foto Bandar Yang Mula Kosong Akibat Covid-19

PERTUBUHAN KESIHATAN DUNIA (WHO) secara rasminya telah mengeluarkan kenyataan bahawa wabak Covid-19 yang kian menular saat ini merupakan satu virus global. Apa yang lebih menyedihkan dan membimbangkan pada waktu ini, kes Covid19 yang telah tercatat […]

error: Content is protected !!