Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul March 17, 2020 @ 3:52pm

Sepi Dan Kosong! Foto-Foto Bandar Yang Mula Kosong Akibat Covid-19

PERTUBUHAN KESIHATAN DUNIA (WHO) secara rasminya telah mengeluarkan kenyataan bahawa wabak Covid-19 yang kian menular saat ini merupakan satu virus global. Apa yang lebih menyedihkan dan membimbangkan pada waktu ini, kes Covid19 yang telah tercatat diseluruh dunia semakin meningkat dan telah melibatkan lebih 57 buah negara. Setakat ini, lebih 100 ribu kes telah dicatat di seluruh dunia. 

Namun, jumlah mangsa yang sembuh daripada penyakit ini juga boleh dikira memberansangkan. Menurut info daripada worldsmeter.info, sebanyak 134.918 kes yang berlaku ketika ini, 70.395 telah sembuh daripada penyakit ini meskipun kadar kematian meningkat kepada 4.989 kes. 

Ternyata penularan wabak ini telah meninggakan kesan negatif dalam beberapa aspek. Bermula dengan aktiviti sosial secara umum, kesan kemelesetan ekonomi dan apa yang lebih mengejutkan, sesetengah bandar di beberapa buah negara turut kosong dah menjadi lenggang sejak wabak ini menghantui setiap masyarakat dunia!

Keadaan di sebuah jalan di Wuhan, China. Bandar ini sepi dan sunyi daripada sebarang aktiviti. Negara China terlebih dahulu telah mengisytiharkan “lockdown” kepada rakyatnya. 

Aumi Urban Sports Park, Tokyo, yang dahulunya menjadi tempat tumpuan pengunjung kini menjadi kosong dan hanya dihadiri oleh pekerja sahaja. 

 

Galleria Vittorio Emanuele Shopping Mall di Milan, Itali. Jika sebelum ini mall yang terkenal di Itali ini sentiasa ‘hidup’ dan meiah, namun tidak lagi pada katika ini. Pengisytiharan lockdown daripada kerajaan Itali memaksa mereka untuk menutup mall ini buat sementara waktu. 

Hanya juruteknik dan pekerja yang bertugas sahaja dibenarkan untuk berada di Siam Amazing Park, Bangkok pada waktu ini. 

Salah satu jalan di Bandar Shanghai. Sepi dan kosong dengan kenderaan dan manusia. 

Khemah-khemah kuarantin telah disediakan untuk individu yang baru pulang dari luar negara di Iran. 

Terminal Milan Malpensa Airport, di Ferno, Itali, hampir kosong!

Kerusi penonton kosong semasa pertandingan bola lisut yang berlangsung di Tokyo, Jepun

Kebiasaannya, jumlah pengunjung yang mengunjungi Lourve Pyramid di Paris ini mampu mencecah sehingga 27 ribu orang sehari. Namun, tidak untuk hari ini. 

Semoga ‘outbreak’ global ini segera berakhir dan masyarakat dunia boleh kembali menjali aktiviti harian secara normal. Mudah-mudah. 

Jaga kesihatan anda okay. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Kes Mahkamah Tue, 18 Jul 2023
Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Featured Tue, 17 Dec 2024
Featured Mon, 24 Jun 2024
Featured Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Wed, 25 Jun 2025

Saidah Kamarudin Tampil Jawab Tuduhan ‘Kaki Kikis’

Saidah Kamarudin nafi gold digger, dakwa bayar Muntazar Ghufran

error: Content is protected !!