Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 26, 2024 @ 12:48pm

Pembantu Rumah Lari Tak Tahan Di Pukul Anak Autisme, Minta Zarina Zainuddin Lapor Polis Jika Dakwaan Mencuri Benar

Bekas pembantu rumah pelakon Zarina Zainuddin mendedahkan, dia melarikan diri dari rumah aktres itu akibat tidak tahan dipukul anaknya Azil yang juga menghidap autisme.

Menerusi perkongsian di TikTok @atir638, pembantu rumah yang dikenali sebagai Rahayu itu memaklumkan, dia turut mempunyai bukti dipukul oleh Azil berupa foto beberapa bahagian badannya yang mengalami lebam.

“Saya lari kerana sudah dipukul oleh Azil yang juga autisme.

“Dan, di sini saya mempunyai bukti telah dipukul oleh anak Datin Zarina Zainuddin,” katanya.

Dalam pada itu, Rahayu menolak dakwaan, kononnya dia mencuri barang berharga milik majikannya itu sebelum lari dari rumah berkenaan.

Malah, dia turut mempersoalkan tindakan Zarina yang tidak membuat laporan polis sebaik sahaja menyedari kejadian itu berlaku.

“Berkenaan dakwaan mencuri, satu helai habuk pun saya tak bawa dari rumah Datin.

“Dan, jika betul saya mencuri kenapa tak buat laporan polis ketika awal kejadian saya lari dari rumah? Dan kenapa selepas 6 bulan saya lari dari rumah?,” jelasnya.

Sementara itu, Rahayu tampil membuat penjelasan bagi membersihkan nama baiknya.

“Saya mahu memberikan penielasan ini kerana dakwaan yang dibuat oleh Zarina yang sudah mencemarkan nama baik saya,” ujarnya.

Terdahulu,  Zarina ada memuat naik hantaran di Instagram miliknya memaklumkan, pembantu rumahnya bertindak melarikan diri hanya selepas empat bulan bekerja.

Malah, dia mendakwa pembantu rumah berusia 25 tahun itu melarikan diri akibat mengikut teman lelaki dan mahu hidup bebas.

Sekadar info, Zarina mempunyai cahaya mata kembar yang menghidap autisme iaitu, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan dan Muhammad Razil Azrai.

Azil dilaporkan menghidap hyper autisme manakala, Azal mempunyai mild autisme yang dikesan ketika mereka berusia tiga tahun.

@atir638 klarifikasi mantan maid datin Zarina zaenudin @mStar Official #pyfツviral_klarifikasi ♬ suara asli – atir

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Datuk Fazley Yaakob Dapat Anugerah Lagi

Tahniah! Datuk Fazley Yaacob menang anugerah lagi.

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

4 New Celebrities Will Be Added into Running Man

4 new members will be added into Running Man’s team!

Featured Sat, 20 Aug 2022

Tersilap Panggil Anak Elisya Sandha ‘Boy’, Neelofa Mohon Maaf – “Saya Tidak Fokus Ketika Komen”

Saya sudah jelaskan pada Elisya yang saya tersilap taip – Neelofa

Featured Fri, 15 Apr 2022
familuv Tue, 12 Mar 2019

Anak berbohong, ibu bapa jangan panik!

Ketahui sebab mengapa anak menipu dan cara atasinya.

Hiburan Sun, 25 Jan 2026

Kmy Kmo, Luca Sickta Lancarkan Single ‘Kertas Wangi’

Kmy Kmo & Luca Sickta terus konsisten mengangkat adat serta warisan budaya dalam karya apabila tampil dengan single terbaharu berjudul Kertas Wangi.

Trending Wed, 24 Jun 2020
Featured Wed, 21 Mar 2018

Tuah Dapat Anak, Kontrak Jutaan Ringgit Menanti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Puteri Sulungnya!

Berita lebih mengujakan daripada sebuah kunjungan, Siti dan anaknya didatangi dengan kontrak jutaan ringgit oleh beberapa produk terkemuka yang ingin melamar mereka berdua.

error: Content is protected !!