Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Khairil Khusyairi July 18, 2023 @ 5:19pm

Bapa Durjana R*gol Anak Sehingga Bersalin Dipenjara 218 Tahun, Hakim Tegur: “Kamu Tak Fikir Ke Masa Depan Dia Sebelum Buat?”

“Kamu tak terfikir ke masa depan dia sebelum buat? Ini anak menjadi tanggungjawab dan amanah pada kamu sebagai ayah.

“Anak-anak adalah rezeki, malah ada orang masih belum dapat anak walaupun macam-macam buat termasuk jumpa doktor,” itulah teguran Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat sebelum menjatuhkan hukuman penjara 218 tahun serta 75 sebatan terhadap seorang bapa selepas mengaku bersalah merogol dan amang seksual anak kandung hingga bersalin, sejak 2020.

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh, 41, bekerja kampung mengaku bersalah terhadap kesemua lapan pertudungan dengan tujuh daripadanya membabitkan rogol yang bermula ketika anaknya berusia 12 tahun.

Mengikut fakta kes, kejadian pertama berlaku apabila tertuduh melakukan amang seksual fizikal terhadap anaknya pada waktu malam pada 2020.

Selepas itu, tertuduh melakukan perbuatan jijik terhadap mangsa pada Oktober tahun sama dengan merogolnya dan kejadian terakhir berlaku pada 8 pagi, 5 Jun lalu.

Mangsa yang baru melahirkan anak lelaki minggu lalu dalam laporannya memberitahu, tertuduh turut memanjat bilik selepas mangsa menukar kunci bagi mengelak dirogol namun gagal.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian terbongkar selepas pemeriksaan kesihatan dijalankan di sekolah mangsa dan mendapati berlaku perubahan fizikal pada tubuhnya.

Mangsa ketika itu tidak mengetahui dia mengandung sebelum membuat laporan polis terhadap tertuduh.

Tertuduh pertama kali didakwa pada 14 Jun dan mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan. Semua kejadian berlaku di sebuah rumah dekat sini.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan juga sebatan.

Dia juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan juga 10 kali sebatan.

Sebaik mendengar hujahan pihak pendakwaan serta rayuan tertuduh, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan serta tambahan tiga tahun dan dua sebatan untuk kesalahan amang seksual fizikal.

Bagi kesalahan merogol pula, mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum iaitu 30 tahun penjara dan 10 kali sebatan untuk setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, bagi hukuman amang seksual fizikal, mahkamah mengarahkan kedua-duanya dijalankan secara berasingan manakala kesalahan merogol berjalan serentak dengan semua hukuman bermula dari tarikh ditahan 8 Jun lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Apr 2025

Azlee Senario Nafi Saiful Apek Ditahan Pihak Berkuasa

Susulan penularan foto didakwa pelawak dan pelakon popular, Saiful Apek, ditahan oleh pihak berkuasa, rakan seangkatannya dalam kumpulan Senario iaitu, Azlee tampil menafikan dakwaan tersebut. Menurut Azlee, laporan berkenaan adalah tidak benar dan dia meminta […]

Trending Thu, 4 Nov 2021

Red Rahimad ‘Gunakan’ Ezad Lazim Dalam ‘Celup’

Nama penyanyi Red Rahimad mungkin masih asing dalam kalangan peminat dan pencinta muzik tanah air. Namun, itu bukan penghalang buat anak muda berusia 21 tahun ini untuk terus mengorak langkah dalam bidang diceburi. Bagi Red […]

Featured Fri, 1 Sep 2023

[VIDEO] Muka Amelia Henderson ‘Meluat’ Temubual Abang Tesla, Netizen Komen: “Ketara Tahan Geram, Tetap Profesional”

Fuhh, ketat betul muka Amelia tahan geram.. Min faham mesti susah nak kawal reaksi muka kan tapi syabas kekal profesional!

Hiburan Wed, 1 Jul 2026

“Tak Ada Kaitan Dengan Bapa Dia, Aku Yang Besarkan Sampai Boleh Berlari!” – Rita Rudaini Berang Nama Bekas Suami Dikaitkan Dengan Kejayaan Anak

, Rita Rudaini membidas kenyataan seorang individu yang mengaitkan kejayaan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, dengan bekas suaminya, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan.

Trending Thu, 12 Sep 2019

Celcom XPAX’s Calling All ML Legends and PUBG Chicken Dinners to a Nationwide Rumble for a Cash Prize of RM180,000!

Coming back for its semester 2, #XPAXKEK awaits to crown the most legendary of all in Malaysia’s top campus esports this September.

Hiburan Sun, 24 Aug 2025

“Konsert Solo Berskala Besar? Saya Tak Nak Buat Ala Kadar” – Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah mahu persembahan terbaik untuk peminat.

error: Content is protected !!