Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 7, 2024 @ 8:23am

Prihatin Suara Generasi Baharu, YouthSAYS Jemput Penulis Muda Untuk Kongsi Pendapat!

Adakah anda seorang penulis, suka berfikir, atau mempunyai mesej untuk dikongsi? YouthSAYS menyeru semua generasi muda untuk menyumbang buah fikiran, artikel dan penulisan kreatif dan berpeluang diterbitkan di SAYS, salah satu platform belia terkemuka di Malaysia.

Dilancarkan oleh SAYS, bukan sekadar platform — ini adalah peluang untuk anak muda Malaysia mempengaruhi, memberi inspirasi dan membuat perubahan dalam komuniti untuk masa depan.

YouthSAYS mengalu-alukan berbagai perspektif mengenai topik yang berbeza. Daripada pengalaman peribadi kepada isu sosial, hobi, minat, atau petua untuk menjalani kehidupan yang lebih baik, ini adalah peluang untuk belia menyuarakan pendapat mereka.

Terbuka kepada semua pelajar berumur 15 hingga 25 tahun, peserta digalakkan untuk mengemukakan penulisan asal mereka.

Karya terpilih akan diterbitkan di SAYS, dan akaun media sosial rasmi kami, termasuk Facebook, Instagram, TikTok, dan X. Selain itu, penulis yang dipilih juga akan menerima barangan eksklusif dan hadiah daripada penaja.

Anda boleh layari youth.says.com untuk menghantar karya penulisan atau e-mel ke [email protected] untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Mengenai SAYS

SAYS.com ialah syarikat media digital Malaysia yang hebat dalam mencipta dan berkongsi kandungan berkaitan berita, budaya, gaya hidup dan trend media sosial. Syarikat ini diasaskan pada 2011 dan telah berkembang menjadi salah satu platform berita sosial dalam talian paling popular di Malaysia. Dikenali dengan konten menarik dan ‘boleh kongsi’, SAYS.com mencipta kandungan untuk laman web dan saluran media sosialnya, juga memperoleh pengikut yang ramai di Malaysia.

Hubungi:

YouthSAYS Editorial Team
E-mel: [email protected]
Laman web rasmi: www.youth.says.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 28 Aug 2019

Gempa Bumi Rantau Kepulauan Sandwich Selatan

Jangan risau setakat ini tiada ancaman tsunami ye

Featured Fri, 1 Oct 2021

Boleh Teman Isteri Bersalin Bermula 4 Oktober, Ini Syarat Yang Ditetapkan Oleh KKM!

Boleh semak syaratnya ye bakal-bakal ibu/bapa sekalian

Hiburan Fri, 25 Apr 2025
Featured Tue, 10 Mar 2026

“Saya Paling Pantang Bila Orang Salahkan Takdir” – Sarimah Ibrahim 

Pelakon dan penyanyi, Che Puan Sarimah Ibrahim tampil berkongsi pandangan peribadinya mengenai sikap segelintir individu yang gemar menyalahkan takdir ketika berdepan situasi tertentu.

Hiburan Wed, 31 Jul 2024

Harith Iskander Nafi Curang Dengan Model Nadira Isaac – “Ada Orang Nak Ambil Kesempatan”

Segala spekulasi telah terjawab. Semoga tak ada gosip yang bukan bukan lagi ek

Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Terima 1 Juta Pengikut, Terima Kasih AJL!

Tahniah, semoga kerjaya seni Ean terus gemilang tahun ini. Tak sabar tunggu next single!

Hiburan Wed, 31 Oct 2018

Lepas Beri Bunga, Ara Johari PAKU Peminat Pula

Single ‘Paku’ ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Trending Tue, 22 Feb 2022

Papar Lakonan Aaron Aziz & Gambit Saifullah Sebagai Lelaki G*y, Pengarah ‘Suamiku Lelaki Pendosa’ Rujuk JAKIM

Menampilkan kisah berkaitan hubungan songsang dalam drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa, pengarah Eyra Rahman telah terlebih dahulu merujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk meneliti jalan cerita yang dihasilkan. Menurut Eyra, inisiatif tersebut dilakukan kerana […]

error: Content is protected !!