Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 31, 2018 @ 5:17pm

Lepas Beri Bunga, Ara Johari PAKU Peminat Pula

Biarpun muncul di arena seni tempatan pada usia yang agak muda, pemilik nama Nurfarrah Izzatie Johari atau lebih mesra dipanggil Ara Johari di kalangan peminatnya tidak pernah mengenal erti penat untuk memberikan yang terbaik. Bekas peserta AF Megastar dan finalis Akademi Fantasia 2016 ini kembali memeriahkan industri muzik tanah air dengan sebuah lagi lagu terbaru berjudul ‘Paku’.

Selepas berjaya mencuri perhatian peminat muzik Malaysia dan mencipta fenomena dengan dua buah singlenya terdahulu iaitu ‘Warkah Untukku’ dan juga ‘Bunga’, kali ini Ara tampil dengan mempertaruhkan sebuah lagu yang dicipta oleh Kadok dan Tukang Musik manakala liriknya dinukil sendiri oleh Ara serta Shasha K.

Lagu ‘Paku’ ini mengisahkan perasaan cinta seorang lelaki yang terpendam terhadap pasangannya. Si lelaki tersebut sanggup menunggu bertahun lama dan tetap berusaha untuk menambat hati perempuan tersebut. Berkat doa dan kesabaran, akhirnya mereka bersatu dan membina mahligai bersama.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.,“Ara merupakan seorang penyanyi muda wanita yang berbakat besar. Kehebatan vokal beliau tidak perlu lagi dipersoalkan. Kita boleh lihat menerusi dua singlenya sebelum ini yang berjaya menaikkan nama Ara Johari sendiri. Jadi, saya berharap ‘Paku’ bakal mengulangi kejayaan dua buah lagunya yang terdahulu.”

Single ‘Paku’ ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi. Selain itu, muzik video rasmi ‘Paku’ juga akan mulai berada di saluran YouTube Rocketfuel Network bermula pada 19 Oktober 2018.

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 28 Apr 2025

Reaksi Ibu Fattah Pegang Tangan Amira Othman Raih Perhatian, Netizen Luah Rasa Teruja: “Bakal Menantu Kesayangan!”

Meskipun, tiada sebarang pengesahan rasmi tentang status sebenar hubungan mereka, namun peminat tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.

Hiburan Thu, 7 Jul 2022
Events Fri, 3 Jan 2020

Masya & Jeryl Proved There Is No Language Barrier In Music As They Sung 7 Languages At The Start Of New Year

When two vocal powerhouses unite in one stage, it signifies the great start of a new year!

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Featured Tue, 17 Aug 2021

“Berkat Doanya, Ramai Datang”- Azlee Senario Syukur Gerai Dapat Sambutan Selepas Dikunjungi Ebit Lew

Jika dahulu, lakonan dan jenakanya sering menjadi hiburan peminat di kaca televisyen namun kini pelawak Azlee Senario berhadapan dengan kesukaran mencari rezeki akibat hilang mata pencarian dalam musim pandemik. Baru-baru ini, tular di media sosial […]

Featured Thu, 8 Jul 2021

Jom Semak Baki RM500 Tambahan PEMERKASA+ Yang Mula Dikreditkan Hari Ini

Dalam inisiatif PEMERKASA yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) bernilai RM 1,000  kepada PKS yang layak telah pun dikreditkan mulai 10 Jun lalu. Walaubagaimanapun, baki tambahan berjumlah RM 500 […]

Featured Tue, 23 Sep 2025
error: Content is protected !!