Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 14, 2025 @ 6:06am

Pilih Berdiam Diri Ketika Isu Hangat Diperkatakan, Rozita Che Wan Akui Ada Rakan Menjauh Selepas Kontroversi

Pelakon Rozita Che Wan mengakui kontroversi berkaitan hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyebabkan ada segelintir rakan menjauhkan diri daripadanya.

Menurut Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 52, situasi tersebut tidak mengejutkannya, malah dia melihatnya sebagai petunjuk daripada Allah.

“Mestilah ada yang menjauhkan diri. Apabila Allah memberikan ujian kita boleh tengok yang mana Allah nak jauhkan kita daripada dia, masa itulah dia pergi.

“Saya fikir positif saja. Setiap sesuatu itu ada hikmahnya,” katanya ketika ditemui selepas majlis pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana, pada Khamis.

Namun, ibu kepada tiga cahaya mata itu enggan mendedahkan individu yang dimaksudkan.

Dalam perkembangan lain, Che Ta turut memaklumkan bahawa isu hutangnya kini sudah diselesaikan, kecuali pinjaman rumah.

“Alhamdulillah semua dah selesai. Sudah tiada apa-apa (kaitan). Cuma saya masih ada hutang rumah yang perlu dibayar. Rasanya semua orang pun tidak boleh mengelak dengan komitmen seperti itu,” ujarnya.

Berkongsi mengenai sikap berdiam diri yang diambil ketika isu ini hangat diperkatakan, Che Ta menjelaskan bahawa kematangan membantunya menangani situasi dengan lebih baik.

“Saya rasa tak perlu nak tampil atau beri penjelasan kepada sesiapa pun. Saya tak ada masalah dengan orang lain. Jadi saya simpan untuk diri sendiri.

“Cuma mungkin sekarang saya semakin matang dan bila mana membabitkan ahli keluarga, lebih-lebih lagi anak-anak.

“Apabila berhadapan dengan benda begini, mereka tertanya-tanya bagaimana saya boleh setenang ini.

“Saya hanya mampu cakap, setiap masalah akan ada masa untuk dia berakhir. Allah takkan turunkan ujian itu kalau kita sebagai hamba ini tak dapat nak menanganinya. Saya percaya Allah akan selalu ada,” katanya.

Pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya dilaporkan diserbu pihak MARA, bersama peguam dan wakil mahkamah, susulan kegagalan melunaskan pinjaman hampir RM1 juta.

Bagaimanapun, pelakon itu dipercayai telah membuat pembayaran sebanyak RM550,000 bagi menyelesaikan sebahagian daripada hutangnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Jun 2026

Isu Curang Babitkan Fify Azmi, Nafiez Zaidi Bersuara!

Nafiez seakan-akan meluahkan perasaannya berhubung isu tular membabitkan isu curang yang dikeluarkan Fify baru-baru ini.

Trending Fri, 13 Jul 2018

Tersepit Rim Motor, Budak Tujuh Tahun Hilang Tangan Kiri

Orang kampung yang melihat kejadian tersebut terus datang membantu kami. Dalam keadaan panik, saya terus menghubungi ibu bapa Khumaira dan ahli keluarga yang lain untuk maklumkan kepada mereka.

Featured Mon, 27 Dec 2021

Bekas Isteri Buat Laporan Polis, Badrul Muhayat Didakwa Bawa Lari Anak-Anak

Seorang wanita yang dikenali sebagai Julia Ma’wa memberitahu di sebuah hantaran Facebook miliknya bahawa bekas suaminya yang merupakan pelakon drama tempatan, Badrul Muhayat telah melarikan anak-anaknya. Julia menerusi hantaran itu menjelaskan terdapat kesan umpil di […]

Featured Tue, 13 Jun 2023
Featured Wed, 28 Sep 2022
Hiburan Sat, 14 May 2022
error: Content is protected !!