Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi February 11, 2023 @ 2:54pm

Teruk Dihentam Isu Rumah Balu Abam, Ali Puteh Tampil Bidas Netizen.. Siap Titip Pesanan ‘Padu’ Pada Pelaku! – “Ejek Sebagai Jenaka, Kena Pada Kamu Baru…”

Konflik yang berlaku antara pelawak, Ali Puteh dan balu allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nor Hidayah Mohd Ali sehingga kini masih tiada pengakhirannya.

Malah, pertelingkahan antara mereka semakin hangat menjadi perbualan ramai selepas Hidayah dikatakan tidak dibenarkan masuk ke kediamannya bersama Abam.

Susulan itu, timbul satu spekulasi berdasarkan sebuah video yang dimuat naik oleh Ali yang mendakwa isteri arwah Abam itu telah menabur garam kasar, daun bidara dan bangkau mengkarung selepas Hidayah beredar dari rumah tersebut,.

Artikel Berkaitan: “1 Jam Saya Tunggu” – Lawat Rumah Bersempena 3 Tahun Pemergian, Balu Abam Bocey Kesal Tak Dibenarkan Masuk

Artikel Berkaitan: Ali Puteh Dakwa Jumpa Bangkai Mengkarung, Garam Kasar & Daun Bidara Depan Rumah Selepas Balu Abam Datang Melawat

Dek kerana perbuatannya itu, nama Ali menerima tohmahan yang teruk daripada rata-rata netizen lebih-lebih lagi selepas dirinya memadam video berkenaan di media sosial.

Terkini, menerusi sebuah hantaran panjang di Instagram milik Ali, dia seakan memberi pesanan ‘pedas’ kepada segelintir netizen yang mengkritik dirinya hanya bergurau atas dakwaan tersebut.

Menurut Ali, segala perkara yang terjadi dalam keluarganya ini tidak berlaku kepada mereka yang mengecamnnya itu.

“Bergelak ketawalah dengan sindiran komen taburan garam limau dan bangkai itu sebagai mainan. Ada yang mengejek ni sebagai jenaka. Ada yang komen ini rekaan. Siap tulis jangan lupa tambah garam dalam masakan.

“Tidak kena pada anda semua. Kalau kena pada yang komen tu semua tau lah. Baru tau apa yang kami sekeluarga rasa. Ini barang jangan dibuat main.

“Pada si penabur barang-barang tu, jangan risau. Kita dah pulangkan barang kamu. Kita tak berminat dengan barang kamu.. Semoga Allah berikan keampunan dengan apa yang telah dibuat.

Menerusi ruang kapsyen, Ali berkata untuk menggunakan ilmu untuk membantu, bukan menganiaya.

“Handal dengan ilmu Allah berikan untuk bantu orang… Bukan handal dengan ilmu dengan aniaya orang,” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 Oct 2018
Hiburan Sun, 15 Dec 2024
Selebriti Wed, 1 Nov 2023
Featured Mon, 17 Dec 2018

Figura: I Used To Be An Active Student – Sarah Suhairi

Sarah Suhairi tolak tawaran universiti demi perjuangan seni!

Hiburan Thu, 7 Jun 2018
Trending Wed, 3 Jun 2020

Kini Laluan Masuk Ke Sabah Sudah Mula Dibuka

Ini pastinya berita gembira buat warga Sabah yang bekerja di Semenanjung

Events Wed, 10 Jul 2019

Get Inside ‘Time Capsule’, The Most Hyped Fashion Event In KL That Got Socialites Talking!

Check out this hype fashion exhibition in KLCC, admission is free!

error: Content is protected !!