Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 10, 2025 @ 1:06pm

Kakak Pemandu Honda Jazz Mohon Maaf, Mengaku Buat Posting Dalam Keadaan Emosi… Netizen Komen: “Kata Awak Mengguris Hati Seorang Ibu”

Kakak kepada pemandu Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua individu maut di Senawang tampil membuat permohonan maaf atas kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini menerusi hantaran di TikTok.

Menerusi perkongsian tular di platform tersebut, gadis yang bernama Nur Athirah Najwa itu membuat permohonan maaf kepada keluarga mangsa yang terlibat serta seluruh rakyat Malaysia atas kenyataan yang dikeluarkannya berhubung kemalangan itu.

Malah, Athirah turut mengakui kenyataan dan komen yang dikeluarkannya telah menimbulkan kemarahan ramai pihak.

“Assalamualaikum, saya Nur Athirah Najw kakak kepada pelaku yang telribat dalam kemalangan di Senawang.

“Saya ingin memohon maf kepada keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia atas posting dan komen yang telah dibuat sehingga membuat semua marah.

“Saya sedar, saya telah memuat naik hantaran tersebut dalam keadaan yang emosi. Saya betul-betul minta maaf dan saya menyesal,” katanya.

Terdahulu, Athirah menimbulkan kemarahan orang ramai selepas memuat naik beberapa kenyataan yang dilihat seakan mempertahankan adiknya yang juga pemandu kereta jenis pacuan empat roda (Honda Jazz) susulan kemalangan yang berlaku membabitkan dua individu maut dan dua lagi cedera parah.

Insiden yang tular di media sosial itu menuai perhatian apabila sepotong video pendek memperlihatkan susuk seorang ibu menjerit dan pengsan ditempat kejadian selepas dimaklumkan kedua anak lelakinya yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss iaitu Muhammad Aidil Ramdan Abdullah dan Muhammad Aswari Lotpi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Hiburan Thu, 21 May 2026

“Tak Perlu Panjangkan Lagi” – Syukur Hak Penjagaan Penuh Kekal Miliknya, Fatin Afeefa Mahu Fokus Kebahagiaan Ivy

Fatin berkata, suara dan perasaan anaknya juga perlu diberi perhatian serta dihormati semua pihak.

Featured Thu, 10 Feb 2022

Pemeriksaan Suhu Kini Tidak Diwajibkan Di Institusi Pendidikan Bawah KPM Bermula Esok

Tapi parents kena makesure anak-anak sihat sebelum pi sekolah okay! Batuk, selsema baik #stayathome.

Anugerah Fri, 20 Jan 2023
Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Peminat ‘Prank’ Nubhan Sempena Hari Jadi Ke 33

Happy Birthday Nubhan, kami di XTRA doakan awak terus sukses dunia akhirat!

Hiburan Fri, 11 Oct 2019
Featured Tue, 22 Jun 2021

Akhirnya..Selepas 10 Tahun Menyepi, Ini Khabar Terbaru Anita Sarawak!

Sedekad yang lalu, penghibur popular Anita Sarawak, tiba-tiba menyepi daripada dunia hiburan. Perkhabaran terakhir daripada adiknya, Noorkumalasari mengatakan beliau kini bermaustatin di luar negara bersama suaminya, Mahathir. Terbaru, seorang wartawan hiburan bernama Shuib Taib akhirnya […]

Featured Wed, 25 Mar 2020
error: Content is protected !!