Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 13, 2021 @ 1:21pm

“Saya Cakap Berdasarkan Fakta, Bukan Memb*bi Buta” – Hattan Lebih Suka Tegur Secara ‘Lantang’ & Bukan Cakap Belakang

Dilihat lantang bersuara menegur tindakan sesetengah selebriti dan instafamous yang menyalahgunakan kebenaran merentas negeri, Penyanyi Datuk Hattan menjelaskan beliau tidak terkesan sedikit pun sekiranya ada pihak yang terasa dengan teguran ‘keras’ yang diberikannya.

Baginya teguran itu adalah untuk memberikan kesedaran dan berharap agar individu yang mendapat kebenaran untuk merentas negeri itu perlu  menggunakan kebenaran tersebut dengan sebaiknya.

“Saya banyak tegur berdasarkan fakta, bukan membabi buta… macam last week saya tegur kerana saya rasa benda itu membabitkan ramai pihak, saya tidak tujukan kepada mana-mana selebriti tetapi ramai pihak”

 

“Bagi saya, kalau dah dapat peluang ambil peluang itu tetapi jangan salahgunakan peluang tersebut…kerana ia akan membabitkan ramai pihak, dan benda itu general…”
“Salah ke saya tegur? Kalau saya tak tegur siapa lagi nak tegur…Jadi bila kita tegur nampaklah keinsafan itu. Itu pendapat peribadi saya, kalau kau nak dengar, boleh dengar begitu juga sebaliknya” katanya kepada Xtra.

Akan terus bersuara lantang

Bagaimanapun, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 57, mengakui akan terus bersuara lantang apabila membabitkan industri muzik tanah air sama seperti ketika beliau tampil menyuarakan pendapat mengenai persembahan penyanyi, Nabila Razali di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35.

ARTIKEL BERKAITAN : “Pergi Berguru Sampai Khatam, Kalau Tak Bersedia Jangan Cuba-Cuba…” Hattan Tampil Beri Komen ‘Pedas’ Kepada…

“Kita tegur sebab AJL dah 35 tahun, dulu takde sosial media, sekarang semua orang boleh tengok. Sekarang kita akui semua orang boleh jadi penyanyi. tapi kita taknak popular kualiti takde, kita nak kualiti popular… dengan kualiti yang bagus, dengan populariti yang bagus, awak boleh jadi kaya dan raya begitulah sebaliknya…”
“Saya tengok ramai artis asyik nak memuji sahaja walhal di belakang, kutuk lain. Tapi macam saya bukan kutuk, saya hanya beri semangat. Mereka sepatutnya ambil teguran secara positif, anggap ia pembakar semangat untuk kebaikan diri-sendiri juga.
“Takkan nak puji sahaja dan bila tak puji, jadi menyampah pula. Saya dan rakan senior industri terutama sifu saya iaitu Datuk M Nasir selalu berbincang mengenai industri seni. Kalau ada nampak kelemahan, kenalah tegur,” jelasnya.

Terdahulu, penyanyi yang popular menerusi lagu Biso Bonar dan Tangisan Marhaenis ini ditemui ketika majlis pelancaran dan pelantikan beliau sebagai duta produk minuman, Stobu di Petaling Jaya pada Isnin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 28 Nov 2024

Bekpes Hot Baca Nama Graduan Sempena Majlis Konvokesyen UKM! Johan Paling Power, Sampai Mic Pun Boleh Jatuh

Johan kelihatan diberi tugas membaca nama-nama graduan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ke-52 baru-baru ini.

Featured Sat, 15 Mar 2025

Sebak! Peniaga Bazar Ramadan Terharu, AG Hot FM Bantu Habiskan Jualan Makanan -“Jelas Wajah Gembira Mak Saya”

Penyampai radio popular, Hot FM, AG mencuri perhatian apabila bertindak memborong kesemua juadah yang dijual oleh seorang peniaga wanita di bazar Ramadan.

Featured Wed, 24 Apr 2024

“Ada Wajah Yang Kita Tak Mahu Berpisah Tapi Terpaksa Melepaskannya” – Datuk Red

Deep betul pesanan Datuk Red. Sebak pula tengok video dia!🤧

Featured Wed, 27 Dec 2023

Yusof Haslam Mohon Jodoh Terbaik Buat Puteri Sarah – “Moga Lelaki Itu Dapat Membahagiakan Dia & Anak-Anak”

MasyaAllah, baiknay Datuk dan Datin yang sentiasa doakan Puteri Sarah ❤️❤️❤️

Hiburan Sun, 21 Jun 2026

“Imranul Effendy Jadi Bukti Platform Digital Boleh Buka Jalan Bina Kerjaya” – Abd Rahman Soltan Fokus Ubah Masa Depan Content Creator

Kejayaan pempengaruh seperti Imranul Effendy yang kini melangkah lebih jauh dalam bidang seni menjadi bukti platform digital mampu membuka jalan kepada generasi muda membina kerjaya yang lebih besar.

Featured Fri, 30 Dec 2022

Lucu! Bonda Rozita Terkejut Dapat ‘Gift’ Di TikTok – “Sudah… Jangan Bagi!”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa Bonda di laman Instagram yang memaparkan dia dan anak, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri sedang membuat sesi live di aplikasi TikTok. Menerusi […]

Featured Mon, 29 May 2023
error: Content is protected !!