Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 26, 2025 @ 4:57pm

Rossa Akui Tekanan Dunia Hiburan Dorong Pembedahan Plastik – “Itu Hak Peribadi, Asalkan Tak Ubah Ciptaan Tuhan”

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Rossa, berpegang pada prinsip bahawa setiap individu, sama ada selebriti mahupun orang biasa, berhak memilih untuk melakukan pembedahan plastik selagi tidak mengubah ciptaan Allah secara berlebihan.

Bagi Rossa, keputusan untuk menjalani pembedahan plastik tentu berlandaskan sebab yang kukuh.

“Di zaman ini, bukan hanya artis, malah orang biasa juga ramai yang menjalani pembedahan plastik. Bagi saya, itu adalah hak masing-masing.

“Kadangkala, pembedahan dibuat atas faktor kesihatan. Contohnya mata yang tidak seimbang hingga menggangu keyakinan atau keselesaan.

“Pada pandangan saya, ia tidak salah, asalkan tidak berlebihan. Kalau hidung sudah mancung, tak perlulah dimancungkan lagi,” katanya.

Pelantun lagu popular Ayat-Ayat Cinta itu turut menegaskan pilihan untuk melakukan pembedahan bergantung kepada kemampuan dan pertimbangan masing-masing.

“Ini hak peribadi dan tentunya bergantung pada bajet individu,” tambahnya.

Namun, Rossa tetap mengingatkan segala perubahan yang dilakukan perlulah berpada-pada dan tidak sampai merosakkan anugerah semula jadi dari Allah SWT.

“Yang penting, jangan berlebihan hingga mengubah ciptaan Allah secara drastik,” pesannya ketika ditemui di Saloma, Kuala Lumpur pada Rabu.

Rossa juga tidak menafikan, sebagai insan seni, ada kalanya timbul rasa kecewa apabila masyarakat lebih memandang rupa paras berbanding menghargai karya yang dihasilkan.

“Dalam industri hiburan, tekanan untuk kelihatan sempurna itu memang nyata. Ada yang akhirnya memilih jalan pembedahan plastik demi keyakinan diri.

“Kadang-kadang kami dikecam, dihina, tetapi tetap perlu kuat menerima. Walhal, apa yang lebih kami impikan adalah penerimaan terhadap karya kami,” luahnya.

Mengulas lebih lanjut, Rossa turut meluahkan rasa hormat kepada mereka yang memilih untuk tidak menjalani sebarang pembedahan, kerana baginya, setiap orang berhak menentukan jalan hidup sendiri.

Dalam perkembangan lain, Rossa kini sibuk mempromosikan Konsert Here I Am yang bakal menggegarkan Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 14 Jun ini.

Menyifatkan konsert ini sebagai bentuk penghargaan terhadap perjalanan hidupnya, Rossa turut bersemangat meraikan kehadiran generasi baharu dalam dunia muzik.

Selain membawa bintang ternama seperti Ariel, konsert itu juga bakal menampilkan beberapa nama besar tempatan seperti MK Clique, peserta One In A Million, dan Ernie Zakri yang akan berkongsi pentas dengannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 24 Jun 2024

Lama Menyepi, Aliff Aziz Kongsi Video Nyanyian Di IG Beserta Hashtag #TheComebackKid

Buat yang rindu Aliff Aziz tu, ni dia lagu Hal Hebat untuk korang semua!

Hiburan Tue, 28 Sep 2021

“Cantiknya Mata Baby…” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Dedah Wajah Anak, Beri Nama Ana Nayla

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendedahkan wajah anak sulung mereka yang dilahirkan pada 21 September lalu. Menerusi kemas kini Instagram pasangan ini, mereka turut mendedahkan nama permata hati mereka, Ana Nayla. View this […]

Trending Sat, 31 Oct 2020
Hiburan Sun, 10 Mar 2024
Hiburan Wed, 7 Aug 2019

李幸倪 816 回马公开举办《浮世绘》专辑发布会!

「实力小天后」Gin李幸倪8月16日回马举办,《浮世绘》专辑公开发布会!

Trending Tue, 7 Apr 2020
Hiburan Thu, 21 Oct 2021

IM Nazrul Berkolaborasi Dengan Shidee Khayran Dalam Sembunyi Lara

Setelah agak lama menyepi dari arena nasyid, IM Nazrul membuat kemunculan semula dengan single terbaru berjudul Sembunyi Lara bersama salah seorang anggota kumpulan nasyid Khayran iaitu Shidee. Menerusi lagu ciptaan Ustaz Huri dan lirik nukilan […]

Hiburan Sun, 21 Sep 2025
Featured Wed, 31 Jan 2024
Trending Thu, 16 Jun 2022

“Jangan Ugut Anak Saya Kahwin Dengan Video-Video Palsu” – Gosip Bakal Nikahi Ira Kaza, Ibu Syamsul Yusof Buka Mulut!

Ibu Syamsul Yusof memberitahu keluarga Ira Kaza agak berhenti mengugut anaknya.

error: Content is protected !!