Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 24, 2024 @ 12:00pm

Lama Menyepi, Aliff Aziz Kongsi Video Nyanyian Di IG Beserta Hashtag #TheComebackKid

Kemunculan semula penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz di platform Instagramnya ternyata mencuri perhatian ramai pihak.

Ini kerana, beberapa hari lalu Aliff turut memuat naik foto miliknya beserta quotes yang dipetik dari penulis dan sarjana sastera British, C.S Lewis.

“Anda tidak boleh kembali untuk mengubah permulaan, tetapi anda boleh bermula dititik dimana anda berada dan merubah pengakhirannya,” kongsinya.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek, Aliff kelihatan tampil menyanyikan sebuah lagu berjudul, Hal Hebat yang dipopularkan oleh penyanyi berkumpulan asal Indonesia, Govinda.

Dalam hanatran sama juga, Aliff turut menyertakan beberapa tanda pagar seperti, #HalHebat #AliffAziz #TheComebackKid #galau dan lain-lain.

Meskipun senang berkongsi video nyanyiannya, pelantun lagu Sayang Sayang itu juga kelihatan turut mengehadkan ruangan komen pada hantaran berkenaan.

 

Terdahulu, Aliff mengejutkan ramai pihak apabila dia dan pelakon Ruhainies di tangkap khalwat dalam serbuan yang dibuat pada 9 Mac lalu di sebuah kondominium mewah milik aktres itu.

Susulan insiden berkenaan, Bella Astillah nekad untuk memfailkan perceraian terhadap Aliff.

Dan, pada 12 jun 2024, Aliff dan Bella akhirnya sah bercerai dengan talak satu di di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Untuk info, hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Ayden Adrean, 7 dan Ara Adreanna, 4 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 22 Feb 2020
Featured Tue, 22 Nov 2022

Jawab Persoalan Warganet, Aliff Syukri Kemukakan Manifesto Jika Jadi Perdana Menteri

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menjawab persoalan netizen berkenaan pembaharuan yang akan dilakukannya jika dirinya terpilih menjadi Perdana Menteri. Persoalan tersebut diajukan kepada Alif memandangkan Malaysia baru sahaja melepasi fasa Pilihan Raya Umum ke-15 […]

Trending Tue, 6 Mar 2018

11 Bulan Bernikah, Akhirnya Dato’ Jamal Abdillah Perkenal Isteri Kepada Umum!

Selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga, Raja Pop Datuk Jamal Abdillah (Jamal) , 59, memperkenalkan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin (Izatti), 24, kepada media buat pertama kalinya petang tadi.

Trending Wed, 18 Nov 2020
Hiburan Sun, 21 Oct 2018

Ruhainies Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat?

Kalau betul, kami ucapkan Tahniah! Mesti cantik Ruhainies dalam persalinan perkahwinan, letop gitu…

Featured Tue, 2 May 2023
Events Wed, 2 Nov 2022

Eizlan Yusof, Ahmad Idham & Lando Zawawi Antara Calon PRU15 Wakili Gerakan Tanah Air (GTA)

Eizlan, Idham & Lando bakal bertanding di Sabak Bernam, Port Dickson & Tanjong Karang.

error: Content is protected !!