Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 28, 2024 @ 6:19pm

Aksi Silat Dalam Teater Dang Anum The Untold Story Raih Perhatian, Adam Shahz Diintai Pengarah Aksi

Sejak diberi peluang bersilat di dalam teater Dang Anum (The Untold Story), pelakon Adam Shahz mendedahkan dia mula diintai penerbit dan pengarah bergenre aksi dan silat.

Gembira dengan perkembangan terbabit, aktor tinggi lampai itu terpaksa menolak beberapa tawaran yang memerlukan dia bersilat kerana masih rasa kurang yakin.

“Syukur kerana ada yang mula mengintai saya selepas saya beraksi dalam teater ini. Tapi ada yang saya terpaksa tolak, tidak mahu mencacatkan karya orang lain dengan gerak sumbang silat saya.

“Ada juga tawaran untuk melakukan persembahan silat di pentas susulan persembahan saya dalam teater Dang Anum tahun lalu,” katanya.

Walaupun masih belum bersedia untuk menerima pelawaan berkaitan silat di filem, Adam kini dalam proses pengajian silat gayong bersama pelakon filem Geran, Lekiu Qohar.

“Saya bukan seorang pesilat tapi setiap kali latihan, saya akan kongsi klip melakukan latihan bersilat di sosial media untuk melihat maklumbalas mereka yang pakar.

“Malah beberapa rakan artis yang handal bersilat seperti Fad Anuar, memuji gerak silat saya sebab nampak ‘authentic’, tidak sumbang,” kata Adam.

Pelakon yang memegang watak Tun Bija Ali di dalam teater ini menegaskan, jika orang yang mengajar silat itu sumbang, maka langkahnya juga turut sumbang.

Oleh itu, dia bersyukur kerana banyak ilmu gerak silat dipelajari dari rakan pelakon yang berpengalaman seperti Md. Husin melalui Teater Dang Anum.

“Hasil koreografer silat dari beliau, nampak seakan saya seorang yang pandai bersilat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pengarah teater, Amirul Haswendy Ashari, berharap teater kali ini dapat menarik minat lebih ramai penonton dari pelbagai latar belakang.

“Teater kali ini lebih menarik dari segi aksi silat, komedi, drama dan ‘tasmat’.

“Ini kerana ruang untuk bermain teater lebih besar, jadi segala unsur tarikan di dalam teater ini juga perlu besar dan mengkagumkan,” katanya.

Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah) mementaskan Teater Dang Anum (The Untold Story) pada hujung minggu ini bermula 27 sehingga 29 September 2024 bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin (Cempaka Sari), Putrajaya.

Selain Adam Shahz, pelakon lain antaranya Ain Sufia, Along Eyzendy, AG Hafiz, Karl Dannish, Aman Salleh, Md. Husin dan Affan Mohd.

Tiket pementasan boleh dibeli melalui www.ticket2u.com atau secara walk in.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 30 Jan 2023

Song Joong Ki Umum Kahwin, Katy Louise Saunders Sah Hamil Anak Pertama

tetibe rasa sebak teringat drama DOTS🥲🥲🥲

Hiburan Tue, 24 Jun 2025
Hiburan Tue, 24 Feb 2026

Pernah ‘Depressed’ Tak Dapat Sambutan, Riz Zaizizi Bikin ‘Comeback’ Dengan Lagu Raya ‘Bulan Dah Nampak’

Riz Zaizi kini kembali mewarnai dunia seni dengan single raya terbaharunya berjudul, ‘Bulan Dah Nampak’.

Hiburan Thu, 7 Sep 2023
Hiburan Thu, 20 Sep 2018

李俊颉新歌掀手势舞热潮「TIK TOK」APP上千人参与

Victor李俊颉的全新单曲《别说再等一下》出乎预料在网络亚洲超人气手机 APP「Tik Tok」成热门手势舞潮流,吸引上千人参与!

Hiburan Wed, 25 Sep 2024
Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Balqis Mentor Kahwin Usia Muda

Ramainya artis bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini .

Featured Sun, 6 Mar 2022
Hiburan Mon, 8 Jan 2024
error: Content is protected !!