Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 21, 2021 @ 8:23pm

IM Nazrul Berkolaborasi Dengan Shidee Khayran Dalam Sembunyi Lara

Setelah agak lama menyepi dari arena nasyid, IM Nazrul membuat kemunculan semula dengan single terbaru berjudul Sembunyi Lara bersama salah seorang anggota kumpulan nasyid Khayran iaitu Shidee.

Menerusi lagu ciptaan Ustaz Huri dan lirik nukilan Ali Al Murady bersama Ustaz Huri sendiri ini, ia menceritakan mengenai pengalaman seorang bapa yang mempunyai anak yang menghidap sakit kanser usus.

“Lagu ini dihasilkan dalam perjalanan Ustaz Huri menuju kuliah maghrib. Lirik asal adalah dalam bentuk sajak yang diilhamkan oleh Ali Al Murady, bapa kepada arwah Luqman. Lagu ni adalah kisah benar yang dilalui oleh Ali yang kehilangan anak akibat kanser usus.

“Pada saya kekuatan lagu ni betul betul terletak pada melodinya, ditambah pula dengan lirik yang saya kira kena dengan irama. Insya-Allah, sesiapa saja yang dengar pasti akan rasa sesuatu, syahdu dan menyentuh perasaan.

“Terutamanya kepada mereka yang pernah kehilangan orang yang tersayang. Memang terasa sangat,” kata Shidee.

Kembali mewarnai dunia muzik, IM Nazrul berharap Sembunyi Lara dapat mengubati kerinduan peminatnya.

“Alhamdulillah, single terbaharu kami baru saja dilancarkan melalui saluran YouTube Inteam Digital. Saya harap lagu Sembunyi Lara ini boleh diterima oleh setiap lapisan masyarakat.

“Bagi yang belum berkesempatan dengar, kena dengar. Rugi sangat kalau tak dengar. Lebih-lebih lagi kepada peminat saya yang selama ini selalu tanya, bila nak buat comeback? Jadi, inilah hadiah untuk anda,” katanya.

Lagu Sembunyi Lara sudah berada di semua platform penstriman muzik dan boleh ditonton di saluran YouTube Inteam Digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Aug 2022

Mahkamah Putuskan Anak Lahir Luar Negara Tidak Dapat Kerakyatan Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Isu ini dah lama berlarutan, akhirnya mahkamah putuskan untuk tidak beri kerakyatan pada anak lahir di luar negara. Korang rasa wajar atau tak?

Hiburan Fri, 6 Dec 2019

Anak Tunggal Nassier Wahab, Luah Rasa Rindu Di Twitter

Semoga Intan Najihah dan ibu tabah menghadapi dugaan ini…

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Bekas Kekasih Harap Justin Bieber Cepat Kahwin?

Aik, kenapa pula ni? Penyanyi Selena Gomez yang sudah ‘masak’ dengan sikap Justin Bieber memberitahu dia amat berharap Justin berkahwin secepat mungkin.

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Hiburan Wed, 13 Mar 2024
Hiburan Thu, 2 Oct 2025
Hiburan Thu, 8 Aug 2024
Hiburan Sun, 8 Mar 2026

Hawa Rizwana Enggan Cantik Dengan Pembedahan Plastik

Hawa Rizwana tak mahu jelita dengan menggunakan jalan pintas.

error: Content is protected !!