Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 20, 2025 @ 12:12pm

“Mereka Menangis Dalam Diam” – Zizi Izette Sebak Anak-Anak Rindu Arwah Bung Moktar

Pelakon, Datin Seri Zizi Izette sekali lagi berkongsi luahan menyentuh hati apabila anak-anaknya merindui Allahyarham ayah mereka, Datuk Seri Bung Moktar yang meninggal dunia pada 5 Disember lalu.

Kata Zizi, meskipun dia seorang yang sangat menjaga privasi, namun perkongsian yang dibuat bukanlah mahu meraih simpati sebaliknya berkongsi perasaan dan pengalaman yang dialaminya selepas pemergian suami tercinta.

“Saya bukan mahu meraih simpati, saya hanya mahu berkongsi memandangkan saya seorang yang sangat menjaga privasi dan tidak mudah untuk bercakap mengenai perasaan atau apa yang saya alami,” katanya.

Menerusi perkongsian tersebut, Zizi memaklumkan anaknya-anaknya iaitu, Adam, Aleph dan Aalisa sangat merindui arwah bapa mereka sehinggakan ada yang menangis pada malam hari.

Bukan itu sahaja, anaknya, Jenna dan Aaric, juga mengakui merindui arwah bapa mereka, namun masing-masing meluahkan perasaan dengan cara dan waktu yang berbeza.

“Ia bermula apabila Aadam terjaga di tengah malam dengan tangisan perlahan ketika semua orang sedang tidur. Walaupun Adam memberitahu dia sakit kepala, namun naluri seorang ibu, saya sedar dia sebenarnya sedang merindui ayahnya.

“Perkara sama berulang apabila Aaleph pula menangis perlahan dalam keadaan gelap pada waktu malam. Apabila dipeluk dan ditenangkan, anak itu berbisik, “Saya rindu ayah,” sebelum menangis tanpa kawalan.

“Beberapa hari kemudian, satu lagi momen menyentuh perasaan berlaku apabila Aalisa tiba-tiba menangis ketika sedang berlatih menyanyikan lagu ‘Count On Me’ di sekolah. Gurunya menyedari perubahan emosi tersebut dan bertanya kepadanya puncanya.

“Bila dia balik, dia beritahu saya, ‘Saya sedih kerana memikirkan ayah,” kongsinya.

Mengakui dirinya seorang wanita yang kuat, Zizi berkata,  mendengar kesedihan dan tangisan anak-anaknya itu mematahkan hati seorang ibu.

” I hold them, I love them, I love them through it dan saya percaya suatu hari nanti mereka akan okay.

“We are not falling apart. Kami hanya belajar bagaiman cara untuk merinduinya dan meneruskan kehidupan,” jelasnya.

Tidak habis disitu, Zizi juga sebak apabila melihat skrin foto (wallpaper) yang digunakan anaknya, Aadam.

“Saya ternampak wallpaper ini di telefon Aadam, dan ia membuatkan saya berasa makin sebak,” tulisnya.

Sebelum ini, Zizi dalam satu kenyataan yang dikongsikan berkata dia kini memilih untuk menghadapi rasa perit kehilangan itu tanpa perlu menahannya.

ARTIKEL BERKAITAN:Zizie Izette Masih Berkabung, Akui Rindu Arwah Suami Tidak Pernah Surut

ARTIKEL BERKAITAN:“Saat Siram Tanda, Hujan Turun Dengan Renyai”- Shaheizy Sam Kongsi Detik Mengharukan Saat Bung Moktar Dikebumikan

ARTIKEL BERKAITAN:“Kebaikan Yang Tulus Pasti Diperlihatkan Meski Sekecil Zarah”- Ustazah Asma’ Harun Kenang Kemuliaan Hati Bung Moktar

ARTIKEL BERKAITAN:Zizie Ezette Sebak, Dedah Pesanan Terakhir Bung Moktar

ARTIKEL BERKAITAN:Bung Moktar Radin Meninggal Dunia, Zizie Ezette Kongsi Khabar Duka Di IGS

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 12 May 2019

Cabaran Bersaing Dengan BBNU, Dazrin Sanggup Tolak Nasi!

Alhamdulillah dengan saiz tubuh sekarang, saya menerima banyak tawaran berlakon.

Trending Mon, 27 Jul 2020

13 Kes Baharu Covid-19 Dan 1 Kematian Dicatatkan

Pertambahan kes semakin membimbangkan gais!

Events Fri, 3 Aug 2018

#daiTV3 : Persembahan Da’i Manakah Yang Berjaya Mencuri Perhatian Pada Minggu Ini?

Saksikan Siaran Secara Langsung Da’i Pendakwah Nusantara hanya di TV3!

Hiburan Sun, 27 Oct 2019
Featured Mon, 25 Sep 2023
Trending Wed, 11 Nov 2020
Trending Mon, 12 Jul 2021

Tampil Dengan Single ’Aku Budak Boy’, Neon Band Band Tumpang Populariti Lagu ’Aku Budak Girl’?

Lagu ‘Aku Budak Girl’ daripada bintang Tik Tok, Suekhaizhar telah menjadi antara lagu paling popular tahun ini dengan pencapaian video #1 paling trending di YouTube untuk satu tempoh yang panjang dan jumlah tontonan video lirik […]

Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Hiburan Thu, 29 May 2025
error: Content is protected !!