Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 9, 2025 @ 11:56am

“Kebaikan Yang Tulus Pasti Diperlihatkan Meski Sekecil Zarah”- Ustazah Asma’ Harun Kenang Kemuliaan Hati Bung Moktar

Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun menitipkan rasa sebak mengenang kepergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin selepas ramai berkongsi kisah kebaikan serta sifat pemurah arwah yang mungkin tidak diketahui umum.

Menurut Asma’, perkongsian tersebut membuktikan bahawa setiap kebaikan, meskipun kecil, tetap akan terlihat di mata manusia lain.

“Makin sebak pula bila begitu ramai yang menuliskan dan berkongsi tentang kebaikan dan kemulian hati Allahyarham Bung Moktar

“Boleh jadi kerana beliau begitu berbeza dengan apa yang dilihat dan dinilai. Tolak tepi soal politik, cuba baca setiap tangkapan skrin di bawah, hati yang sukakan kebaikan pasti akan terusik, bila saya baca satu demi satu, tanpa sedar air mata pun boleh menitik,” katanya.

Jelasnya, pemergian Bung Moktar mengajar masyarakat untuk tidak mudah menilai seseorang hanya dari pandangan luaran sahaja.

“Kita belajar dan muhasabah diri banyak perkara daripada beliau yang begitu banyak menyentuh hati kita semua,” jelasnya.

Terdahulu, Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi tadi dan pemergian itu disahkan anaknya Naim Kurniawan Moktar.

Bung Moktar meninggalkan dua isteri, Datin Seri Nor Asidah Alimudin bersama tiga anak dan Zizie Ezette Abdul Samad bersama empat anak.

Sepanjang kerjaya politiknya, Bung Moktar dikenali sebagai seorang Ahli Parlimen yang lantang bersuara di Dewan Rakyat serta disenangi rakyat, khususnya di kawasan yang diwakilinya, iaitu Parlimen Kinabatangan.

ARTIKEL BERKAITAN:Zizie Ezette Sebak, Dedah Pesanan Terakhir Bung Moktar

ARTIKEL BERKAITAN:Bung Moktar Radin Meninggal Dunia, Zizie Ezette Kongsi Khabar Duka Di IGS

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 May 2019

Nak Kahwin Punya Pasal, Shah Rukh Khan Terpaksa Menipu!

Cubaan Shah Rukh Khan tidak sia sia memikat hati Gauri

Hiburan Wed, 30 Jan 2019

Lepas Pikat Remy, Azar Azmi Dekati Redza Rosli Pula?

Ikuti ragam cinta Nizam dan Alisya dilakonkan oleh Redza Rosli, Azar Azmi, Neera Azizi, Nazrief Nazri, Didie Alias, Amirul Faqeem, Adibah Noor dan Ain Sufia. setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang.

Featured Fri, 26 Jan 2024
Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Selamat Timang Anak Keempat, Tahniah Buat Yatt Hamzah!

Tak sabar nak tengok Yatt Junior..

Hiburan Fri, 21 Nov 2025
error: Content is protected !!