Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 21, 2025 @ 2:38pm

Tiket Afgan Retrospektif Showcase Laris, Afgan Janji Persembahan Penuh Emosi

Persembahan eksklusif penyanyi terkenal Indonesia, Afgan, menerusi Afgan Retrospektif Showcase mencuri perhatian apabila jualan tiket menerima sambutan luar biasa daripada peminat di Malaysia.

Wakil penganjur dari Renjana Idea, Azlina, meluahkan rasa syukur dan terima kasih atas sambutan menggalakkan yang diterima sejak tiket mula dijual pada 1 Oktober lalu.

“Sambutan luar biasa ini membuktikan betapa kuatnya pengaruh Afgan dan betapa tingginya minat peminat untuk menyaksikan persembahan ini. Kami amat menghargai sokongan yang diberikan sejak hari pertama jualan dibuka,” kata Azlina.

Showcase yang akan berlangsung pada 5 Disember 2025 di Zepp Kuala Lumpur itu dianjurkan bersempena pelancaran album terbaharu Afgan berjudul Retrospektif.

@xtra_my Love lagu baru Afgan, Kacamata. Tak sabar nak pergi Afgan Retrospektif Showcase di Zepp KL pada 5 Disember ini! #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Menurut Afgan, judul album itu dipilih kerana ia menggambarkan perjalanan hidup serta evolusi kerjayanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Bagi saya, ‘Retrospektif’ ialah peluang untuk menilai semula masa lalu dan mengambil pelajaran daripadanya supaya dapat menjadi manusia yang lebih matang. Album ini mencerminkan proses pembelajaran dan pertumbuhan diri saya sepanjang tempoh tersebut,” kata Afgan.

Penyanyi berusia 36 tahun itu menjelaskan, Retrospektif mempunyai makna istimewa kerana ia merupakan album penuh berbahasa Indonesia pertama selepas tujuh tahun.

“Saya rasa seperti pulang ke akar muzik yang membentuk kerjaya saya iaitu genre pop Indonesia. Sudah lama saya tidak menghasilkan album sebegini, jadi judul ini terasa sangat tepat sebagai satu fasa baharu dalam perjalanan seni saya,” ujarnya.

Mengulas mengenai pemilihan Kuala Lumpur sebagai lokasi persembahan, Afgan menyifatkan Malaysia sebagai rumah keduanya.

“Malaysia sentiasa menjadi tempat istimewa buat saya. Peminat di sini sentiasa memberikan sokongan luar biasa, dan saya mahu mereka turut menyelami kisah di sebalik album baharu ini. Sebab itu showcase ini saya adakan di sini. Saya teruja untuk mempersembahkan lagu-lagu baru secara langsung buat pertama kali di Malaysia,” katanya.

Afgan turut menjelaskan bahawa pemilihan Zepp Kuala Lumpur dibuat kerana ia sepadan dengan konsep muzik yang ingin diketengahkan.

“Kali ini saya mahu suasana yang lebih santai dan dekat dengan penonton. Muzik dalam album ini lebih organik dan jujur, jadi Zepp adalah lokasi paling sesuai untuk menghadirkan pengalaman muzik yang peribadi,” katanya.

Selain lagu-lagu baharu dari Retrospektif, Afgan akan menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu popular yang pernah mencetus fenomena, termasuk Terima Kasih Cinta, Ku Dengannya Kau Dengan Dia, Bukan Cinta Biasa, Untukmu Aku Bertahan, Panah Asmara, Dia Dia Dia, Pendam dan Wajahmu Mengalihkan Duniaku.

Azlina menambah, showcase kali ini bakal menjadi malam penuh nostalgia dan sarat emosi untuk para peminat yang mengikuti perjalanan karier Afgan sejak awal.

“Selain lagu-lagu baharu, Afgan akan membawa penonton menyusuri detik perjalanan seninya melalui lagu-lagu yang pernah menjadi kegemaran ramai. Kami mahu persembahan ini menjadi pengalaman bermakna dan sukar dilupakan oleh semua peminat,” katanya.

Afgan turut menegaskan setiap persembahan akan mengekalkan susunan muzik asal bagi memberikan pengalaman terbaik kepada peminat Malaysia.

“Saya akan berusaha memberikan yang terbaik. Saya mahu setiap lagu mempunyai makna tersendiri dan mengingatkan peminat kepada kenangan yang pernah mereka lalui bersama muzik saya. Saya sangat menghargai apabila karya saya mampu memberikan kekuatan dan semangat positif kepada pendengar,” tambahnya.

Tiket Afgan Retrospektif Showcase kini dijual melalui www.golive-asia.com dengan harga RM1,398 (VIP Box), RM798 (Premium Seat), RM698 (Normal Seat), RM398 (VIP Standing) dan RM358 (General Standing).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 May 2019

Buang Imej Gedik, Aliff Syukri Mengaku Sudah Penat…

Saya ada lebih 100 produk untuk diketengahkan, mustahil saya boleh lakukan seorang diri.

Featured Fri, 23 Sep 2022
Featured Wed, 27 Apr 2022
Events Wed, 25 Jun 2025

Pemenang Dua Anugerah Di 20th BOH Cameronian Arts Awards ‘Persiapan Seorang Aktor’ Kembali Dipentaskan di PJPAC Julai Ini

Pemenang dua anugerah di 20th BOH Cameronian Arts Awards bagi Kategori Best Original Skrip dan The Best Of 2024 bakal dipentaskan selaam 3 hari di PJPAC.

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Sweet! Ucapan Bekas Vokalis Q-Face Untuk Wany Hasrita Tarik Perhatian Netizen

Padan kan dorang ni? Comel jer ucapan Fairuz untuk Wany…Yang penting gambar tu memang WIN!

Featured Thu, 18 Aug 2022

Didakwa Guna Pengaruh Bapa Mertua, Jovian Akui Terkilan

Jovian terkilan dengan sikap netizen

Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Peminat Lagu Bollywood, Nantikan Konsert Terunggul Shreya Ghoshal Di Malaysia 2020

Peminat filem dan lagu Bollywood tidak seharusnya melepaskan peluang ini!

Trending Mon, 3 May 2021
Featured Wed, 21 Sep 2022

Ayie Elham Kongsi Perubahan Selepas Bergelar Bapa

Ayie kongsi perubahan selepas bergelar bapa

error: Content is protected !!