Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 27, 2023 @ 2:47pm

[VIDEO] “Demi Allah! Tuduhan Tu Melampau, Saya Tak Maafkan”- Alif Teega Nafi Naik Tangan, Berseronok Sebelum Kahwin

Sejak semalam, nama pempengaruh media sosial, Alif Teega menjadi bualan hangat netizen susulan isu kahwin dua bersama wanita yang didakwa pekerja mereka iaitu, Fatin Umairah Ramli.

Malah, dakwaan yang mengatakan Alif Teega bertindak memukul dan berkahwin dengan individu itu beberapa hari sebelum ulang tahun perkahwinannya bersama isteri, Aisyah Hijanah juga tular selepas beberapa ciapan dimuat naik oleh adik isteri pertamanya itu menerusi platform X.

Sedar dengan kontroversi yang timbul, Alif bagaimanapun tidak berdiam diri dan tampil menjelaskan perkara sebenar.

Malah, dia mendakwa tuduhan yang dibuat segelintir netizen adalah sangat melampau, sekaligus membidas kenyataan kononnya dia bertindak memukul dan berseronok dengan perempuan lain.

“Assalamualaikum semua, Alif faham ramai yang sedih, marah, kecewa semuanya digaul sekali.

“Tapi sehingga keluar kata-kata tak baik, menghina paling menyedihkan fitnah Alif perkara yang bukan-bukan pada Aisyah. Pukul, berkasar dan lain-lain. Allahurabbi. Terlalu melampau. Tak apa demi Allah saya tak maafkan. 

Selain itu, Alif juga menegaskan dia bakal mengambil tindakan undang-undang walaupun ia datangnya dari keluarga sendiri.

“Demi Allah saya tak maafkan. Bila bermain dengan maruah saya, saya terpaksa untuk ambil tindakan undang-undang walaupun datangnya dari keluarga saya sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, Alif menjelaskan, dia dan Aisyah sudah sedia maklum dan bercadang untuk mengumumkan perkahwinan tersebut kepada umum.

Justeru, dia memohon semua pihak supaya berhenti menyebarkan fitnah dan spekulasi sebaliknya mendoakan urusan rumah tangganya dipermudahkan.

“Saya dan Aisyah memang bercadang untuk umumkan pernikahan saya ini atas persetujuan. Kami okay, perlahan-lahan terima dan satu-satu saya akan urusakan.

“Janganlah buat spekulasi atau fitnah bukan-bukan lagi. Doakan yang baik-baik sahaja. 

“Saya dah urus rumah tangga saya baik-baik. Saya ketua keluarga tapi disebabkan orang lain jadi tambah masalah saya,” jelasnya.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, hantaran tersebut telahpun dipadam beberapa minit selepas ia dimuat naik.

Terdahulu, Alif juga turut berkongsi beberapa video miliknya menunjukkan momen bersama Aisyah menaiki motorsikal bersama.

“Semoga jadi kenangan indah buat kami. Abang sentiasa sayangkan awak Aisyah,” tulis pada kapsyen video berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Tular Perincian Perkahwinan, Netizen Terkejut Alif Teega & Fatin Umairah ‘Kantoi’ Nikah Di Pejabat Agama Songkhla? – “Empat Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Jul 2019

Kulit muka lebih menawan dalam 14 hari!

3 produk ini wajib ada dalam beg anda

Kisah Viral Mon, 27 Jan 2025
Featured Sat, 9 Apr 2022

‘Sekuntum’ Kepada ‘Harirose’ – Sharifah Rose Tukar Jenama Elak Dituduh Penciplak

Nama jenama baru pun comel… Tahniah buat Sharifah Rose!

Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Jakarta Banjir, Ruben Onsu Tutup 30 Cawangan Restoran

Selebriti terkenal ini memiliki banyak cawangan restoran Geprek Bensu bukan sahaja di Indonesia malah di Hong Kong, Taiwan dan Amsterdam.

Featured Fri, 24 Apr 2020

Pelajar IPT dibenarkan pulang mulai 27 April ini

KPT akan perincikan proses susulan

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

“Fatima Adalah Segalanya, Tiada Masa Untuk Saya Bersedih” – Nur Fazura

Nur Fazura sambut syawal di kampung bersama Fatima, sumber kekuatan buat dirinya

error: Content is protected !!