Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 19, 2021 @ 4:15pm

“Hanya Mampu Panggil Nama Dia Je Bila Rindu…” – Raissuddin Hamzah Akui Terkedu Lihat Batu Nisan Siti Sarah

Sebagai seorang bapa semestinya kehilangan anak yang dikasihi begitu merentap jiwa sama seperti yang dirasai oleh pelakon dan penyanyi, Raissuddin Hamzah yang kehilangan anak perempuannya, Siti Sarah pada Ogos lalu.

Menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di akaun instagram milik Allahyarham Sarah, pastinya luahan yang ditinggalkan itu  menggambarkan betapa perit dan sedihnya perasaan beliau.

“Sedar tak sedar, genap 100 hari pemergian anak perempuan tersayang. Sebelum berlangsungnya majlis tahlil, pagi tu abahnya ke pusara, naikkan batu nisan di kubur anaknya.

“Perasaannya? Hanya Allah sahaja yang tahu. Tanyalah semua manusia yang bergelar ibu bapa, apakah kehilangan paling perit untuk mereka?

“Pastinya kehilangan anak yang dicintai. Anak yang ditatang, di iqamat semenjak hari pertama, dibesarkan penuh kasih sayang, diberi makan pakai yang cukup, diberi kebahagiaan, diubati jika sakit pening, dipeluk cium sebagai lambang kasih sayang, anak yang mengajar erti kehidupan. 

“Jika boleh berganti nyawa, ibu bapa pasti mahu pergi dahulu sebelum anak. Tapi, siapa kita untuk melawan takdir? Semua rahsia Allah.

“Hidup perlu jalan terus, yang tinggal hanyalah memori indah kekal menjadi kenangan sampai bila-bila. Al Fatihah Siti Sarah Raissuddin,” tulisnya.

Bagaimanapun, Raissuddin meluahkan rasa syukur apabila cucunya, Uwais mirip seperti wajah arwah dan secara tidak langsung beliau dapat juga melepaskan rindu pada Sarah.

“Sudah tentu rindu, tapi untuk melepaskan rasa rindu tu saya cuma mampu panggil nama dia sahaja. Untuk kita mengharapkan sesuatu yang belum berlaku saya tidak mengharapkan itu, cuma apa yang ada dengan saya sekarang adalah kenangan dengan dia…” jelasnya.

Terdahulu, Shuib dan keluarga mengadakan majlis tahlil bagi menyambut 100 hari pemergian Siti Sarah dan juga upacara akikah untuk anak keempat mereka, Ayash Affan.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Jan 2026
Trending Tue, 7 Dec 2021

Sebulan Simpan Rahsia Perkahwinan, Uqasha Senrose & Kamal Adli Bakal Berbulan Madu Di Makkah

Hos Lagu Cinta Kita 3, Kamal Adli, 35, selamat bernikah dengan pasangannya, Uqasha Senrose, 29, dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang pada 5 November lalu. Berkongsi berita itu hari ini menerusi sebuah majlis […]

Hiburan Mon, 9 Dec 2024

Sophia Albarakbah Gementar Bergandingan Dengan Remy Ishak – “Dia Nampak Sangat Tegas!”

Sophia Albarakbah gementar mahu bergandingan dengan Datuk Remy Ishak.

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Antara Singapura- Malaysia, Akhirnya Adi Putra Buka Mulut!

Ramai yang mempersoalkan tentang kerakyatan saya, memang benar dilahir di Singapura, berkecimpung dunia perfileman di Malaysia, berniaga syarikat pengurusan Umrah dan Haji di Malaysia.

Featured Wed, 14 Aug 2024
Trending Mon, 7 Jun 2021
Hiburan Mon, 20 May 2019

Jarang Balik Kampung, Lia Natalia Cuti Beraya Sebulan

Lia sanggup menolak beberapa tawaran berlakon sepanjang musim perayaan kerana nak pulang ke kampung halaman.

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

ADUN Balakong Maut Kemalangan

Salam takziah buat keluarga Ng Tien Chee… ADUN Balakong ini dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

error: Content is protected !!