Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 23, 2026 @ 6:08am

“Dia Puji Cantik, Saya Tak Lena Tidur Malam!” – Aliff Syukri Impi Kolaborasi Bersama Siti Nurhaliza

Usahawan selebriti sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mempunyai impian untuk bekerjasama dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Meskipun sedar nama Biduanita Negara itu berada di kedudukan yang sangat tinggi dalam industri hiburan tempatan, Aliff mendedahkan dia sebelum ini pernah menghadiahkan beberapa barangan kepada Siti.

Menurut pelantun lagu Abang Nak Tegur ini, dia memberikan hadiah kepada Siti tanpa meletakkan sebarang harapan untuk mendapat balasan dan menganggap ia sebagai tanda hormat serta penghargaan.

“Saya memang ada hasrat untuk bekerjasama dengan Siti Nurhaliza, cuma saya sedar diri dan tahu kedudukan saya. Sebab itu saya selalu beri hadiah. Pernah hantar buah, pernah juga hantar beg. Saya buat bukan kerana mahukan apa apa, kerana pada saya Siti berada pada tahap yang sangat tinggi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Izara Aishah Artis Kelas A! Saya Ingatkan Dia ‘Diva’, Tapi…” – Aliff Syukri

Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi momen yang tidak disangka apabila Siti menggayakan beg keluarannya, malah sempat memberikan pujian selepas produk itu terlebih dahulu diperkenalkan oleh pelakon Izara Aishah yang dilantik sebagai duta.

Menurutnya, pujian tersebut sangat bermakna kerana jika melibatkan kerjasama berbayar, kosnya disifatkan jauh di luar kemampuan.

“Sejak Izara jadi duta dan dia mula gayakan beg saya, kebetulan Siti pun try beg itu juga. Ada video dan saya betul betul terkejut bila Siti puji beg itu cantik.

lRasa macam manis sangat. Kalau nak buat kolaborasi berbayar, jumlahnya mungkin sampai berjuta dan saya memang tak mampu. Walaupun bukan berbayar, Siti buat begitu kerana hati dia baik dan itu sangat besar maknanya sampai saya tak lena tidur malam,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa Zaman Dah Berlalu, Aliff Syukri Tumpang Rezeki Anak – “Dulu Saya Teringin Jadi Artis, Tapi Sekarang…”

Dalam perkembangan lain, Aliff menjalinkan kolaborasi bersama Izara menerusi empat koleksi beg tangan keluaran jenama miliknya.

Pada masa sama, dia turut mengumumkan ganjaran sebuah kereta Perodua Bezza kepada pembeli bertuah yang mendapatkan beg tersebut ketika sesi pelancaran menerusi penstriman langsung di akaun TikTok miliknya pada 25 Januari ini.

Cabutan bertuah dijadualkan berlangsung pada 31 Januari 2026, pukul 8 malam, dan pemenang akan diumumkan pada waktu yang sama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Tinggalkan Kanada, Bieber Mohon Jadi Rakyat AS?

Selepas sebelas tahun menetap di Amerika Syarikat, penyanyi Justin Bieber nekad untuk memohon kerakyatan di negara itu. Bukan apa, Bieber juga dilaporkan sudah berkahwin dengan model terkenal Amerika Hailey Baldwin. Malah Bieber juga dilaporkan sudah […]

Hiburan Sat, 3 May 2025
Trending Sat, 9 Jun 2018

「毛巾卷一卷」就能折出可爱泰迪熊

喜欢自己动手DIY做些小东西的朋友,一定不能错过这篇!

Trending Wed, 26 Aug 2020

MKN Benarkan Pelajar Pakai Pelindung Muka Sahaja

Kelonggaran diberikan buat pelajar sekolah sahaja

Hiburan Sun, 30 Mar 2025
Hiburan Wed, 23 Jul 2025

“Yang Datang Tu, Ya Allah…” – Rela Bujang Sampai Tua, Fathia Latiff Luah Rasa Kecewa Soal Jodoh

Fathia Latiff rela bujang sampai tua, serik jumpa lelaki didakwa berperwatakan tak baik

Trending Thu, 18 Aug 2022

“Ajar Anak Panggil ‘Ibu’ Tapi Yang Keluar Nama…” – Peminat Terhibur Dengan Telatah Anak Dayah Bakar

Putera sulung pengacara Dayah Bakar telah menginjak ke usia 2 tahun, semalam. Satu-satunya cahaya mata penyeri rumah tangga, Dayah Bakar dan suaminya, Muhammad Hanif Hamidi ini diberi nama Achbar Muhammad Fahri dan dilahirkan pada 17 […]

Hiburan Thu, 16 Oct 2025
Featured Mon, 30 Jun 2025

Universal Music Malaysia Umum Kerjasama Strategik Dengan Faithful Music

Universal Music Malaysia umum ambil alih Faithful Music Malaysia.

error: Content is protected !!