Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 29, 2025 @ 3:31am

Rasa Zaman Dah Berlalu, Aliff Syukri Tumpang Rezeki Anak – “Dulu Saya Teringin Jadi Artis, Tapi Sekarang…”

Merasakan zaman kegemilangannya sudah berlalu, usahawan selebriti sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengakui dirinya sekadar menumpang populariti anak sulung, Ammar Ahyan.

Tercalon dalam persaingan kategori Ekstra! bagi Seller Terpaling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-37 bersama Ammar, Aliff menyifatkan anaknya kini lebih mendapat perhatian dan sokongan peminat.

“Saya rasa zaman saya dah berlalu, tapi saya bersyukur orang masih mengingati saya. Anak saya sekarang lebih popular daripada saya. Saya di sini sekadar menumpang dia. Apa pun, Alhamdulillah kami bersaing secara sihat,” katanya.

Walaupun merasa sekadar menumpang, Aliff tetap terharu apabila namanya turut tercalon bersama barisan usahawan terkenal lain dalam kategori tersebut.

“Secara jujur, saya tak sangka dicalonkan. Rasa macam artis pula sebab yang disenaraikan semuanya artis popular. Jadi saya fikir saya tak layak, tambahan pula usahawan yang tercalon semuanya hebat-hebat,” ujarnya kepada XTRA.

Pelantun lagu Bobo di Mana itu ditemui media pada majlis sambutan hari lahir tiga orang anaknya iaitu Qadejah El Zahra, 15, Ibraheem Adham, 13, dan Reaudhah Arshiyah, 4, di Royal Chulan The Curve pada Khamis.

Menurut Aliff, kehadirannya di ABPBH bukan untuk mengejar populariti tetapi semata-mata untuk berniaga dan menghargai pengiktirafan daripada pihak penganjur.

“Saya sebenarnya datang untuk berniaga, bukan mencari populariti. Tapi saya hargai usaha ABPBH menamakan saya. Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur. Kami pun tidak meletakkan harapan besar. Kalau menang, saya menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga. Kalau tidak ada rezeki menang, tercalon pun sudah memadai,” katanya.

Bercerita tentang perjalanan kariernya, Aliff menegaskan impian dirinya untuk bergelar artis sudah berlalu dan fokus utamanya kini adalah untuk mencari rezeki dan membesarkan anak-anak.

“Dulu memang saya teringin jadi artis, tapi sekarang saya dah berusia dan tak ada niat itu lagi. Fokus saya hanya untuk mencari rezeki dan membesarkan anak-anak,” katanya.

Dalam dunia perniagaan, Aliff mengakui populariti penting tetapi menekankan ia perlu dicapai dengan cara yang bermaruah.

“Saya tak nafikan populariti penting, tapi pada usia ini, saya rasa kita tak perlu terdesak buat perkara pelik atau melanggar batas semata-mata nak viral. Nak buat gimik boleh, cuma mesti kena pada caranya. Rakyat Malaysia sekarang lebih menyokong mereka yang beradab dan positif,” katanya.

Untuk kategori Seller Terpaling Popular, Aliff dan Ammar bersaing dengan Aeril Zafril dan Wawa Zainal, Alha Alfa, Anas Zahrin, Christy Ng, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin, Khairul Aming, Liana Rosli, Mua Bellaz dan Nubhan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 10 Apr 2018

Pilihan Raya Umum Jatuh Pada 9 Mei Ini!

Pengumuman ini telah diumumkan oleh Tan Sri, Mohd Hashim Abdullah, Pengerusi Suruhanjaya Pilhan Raya Malaysia sebentar tadi

Hiburan Wed, 17 Oct 2018

Wah…Bocey Pasang Hajat Rakam Lagu ‘Jiwang’

Sejak lima tahun lepas memang kami bercita-cita nak buat single tapi…

Hiburan Mon, 9 Mar 2026

Diganggu Akaun Palsu Berbulan-Bulan, Intan Najuwa Akhirnya Lapor Polis – “Individu Itu Seorang Lelaki”

Menurut Intan, individu yang dipercayai seorang lelaki itu didakwa mencipta beberapa akaun palsu

Hiburan Sun, 16 Feb 2020

蔡琴槟城开唱!歌迷带上口罩做好防疫措施

蔡琴不受疫情影响,圆满在槟城开唱;歌迷纷纷带上口罩,做好防疫措施。

Featured Sat, 12 Apr 2025

Jeslina Hashim Kekok Dipanggil Che Puan – “Panggil Jes Sahaja”

Katanya, dia lebih selesa apabila orang memanggil namanya sahaja.

Trending Sat, 28 Dec 2019

Gred Peperiksaan Di Korea, Markah 70 Dah Gagal?

Adakah ini diantara sebab kenapa mempunyai jumlah kes bunuh diri tertinggi di dunia?

Hiburan Tue, 30 Dec 2025
error: Content is protected !!