Euforia Bola 2026
Trending By: Padin August 2, 2022 @ 2:13pm

Che Puan Nur Diana Petra Abdullah Diisytihar Sebagai Sultanah Kelantan

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan.

Pengisytiharan itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang berkuat kuasa hari ini dan Ahmad ketika membacakan teks itu berkata, pengisytiharan dilakukan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Katanya, Sultan dan Yang dipertuan bagi negeri Kelantan sudah mengadakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan.

Sultan juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan ke hadapan isteri baginda dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Baginda juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan kepada Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan dengan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, iaitu isteri kepada Tengku Mahkota Kelantan.

Semua kurniaan pangkat itu berkuat kuasa hari ini.

Sumber: Berita Harian & Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 30 Mar 2018

Idayu Megastar Tiru Suara Artis Popular Termasuk Mendiang Michael Jackson. Memang Sebijik!

Idayu mempunyai bakat meniru suara penyanyi popular seperti Allahyarham Sudirman, mendiang Michael Jackson, Mariah Carey, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Shakira, Amy Winehouse dan ramai lagi. 

Featured Thu, 28 Jul 2022

Ludah Bekas PA, Mak Wan Latah Dihadapkan ke Mahkamah

Mak Wan didakwa sengaja meludah untuk membangkitkan kemarahan bekas pembantu peribadi

Trending Tue, 26 Nov 2019

Remaja Maut Lepas Minum Racun Kerana Tertekan Diejek Rakan

Bertindak meminum racun seraangga kerana tidak tahan ejekan dari rakan-rakannya kerana dia berasal dari keluarga yang miskin

Featured Thu, 19 Jan 2023
Featured Tue, 8 Nov 2022
Featured Sun, 9 Jul 2023
Trending Thu, 7 Jul 2022

Terkena Jangkitan Paru-Paru, Hampir Sebulan Bayi Perempuan Sheera Iskandar Dirawat Di Hospital

Bayi perempuan Sheera Iskandar dimasukkan ke hospital hampir sebulan akibat jangkitan kuman paru-paru.

error: Content is protected !!