Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 14, 2024 @ 3:52pm

“Jangan Lupa Dosa Sesama Manusia, Siapa Kita Untuk Jatuhkan Hukum?” – Scha Alyahya

Pelakon dan selebriti jelita, Scha Alyahya menegaskan sikap menanam kebencian tidak seharusnya berlaku.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), isteri kepada pengacara dan pelakon Awal Ashaari ini berkata setiap pekerjaan adalah sebuah rezeki yang sudah tertulis untuk setiap manusia.

“Setiap seorang daripada kita sudah ditetapkan rezekinya oleh Allah. Baik saya, keluarga saya atau anda semua.

“Apa pun pekerjaan yang kita buat, itu jugalah rezeki yang sudah diaturkan. Tapi siapa kita untuk menidakkan ketentuan Allah?

“Siapa kita untuk menjatuhkan hukum pada kehidupan dan rezeki seseorang? ,” katanya.

Dalam muat naik sama, Scha turut memberi peringatan kepada netizen di luar sana untuk berhenti mencaci orang lain hanya kerana berbeza pendapat.

“Jangan kita tanam kebencian dan sebar permusuhan hanya kerana tidak sealiran dengan anda.

“Caci, maki dan hinaan itu adakah dihalalkan? Jangan pernah sekali kita lupa, dosa sesama manusia.

“Saya meraikan semua pendapat dan terima kasih atas segala peringatan,” tulisnya.

Scha Alyahya

Terdahulu, nama Scha dan ramai selebriti tempatan lain terpalit dalam gerakan #Blockout2024 kerana didakwa tidak cakna dan memberi kesedaran terhadap isu Palestin.

Sebelum ini, gerakan #Blockout2024 yang dimulakan di Hollywood mula menjadi sebutan di Malaysia sehingga ramai nama selebriti tanah air diboikot selepas didakwa tidak menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin.

Scha Alyahya

Artikel Berkaitan: “Setiap Orang Ada Cara Masing-Masing”- Gara-Gara Gerakan #Blockout2024, Daiyan Trisha Dedah Bukti… Derma RM100,000 Buat P*lestin

Artikel Berkaitan: Kaka Azraff Sokong Gerakan Boikot #Blockout2024 – “Rasanya Kita Sudah Terlampau Ikut Cara Barat, Kita Kena Ada Pegangan Sendiri”

Artikel Berkaitan: Nama Dalam Senarai #Blockout2024, Mira Filzah Tampil Bersuara & Dedah Bukti!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Oct 2025
Trending Fri, 2 Feb 2018

85kg肥妹遭霸凌 减肥患病瘦成「25kg肉干骷髅」

英国沃勒西(Wallasey)23岁汉娜(Hannah Lucas)最胖时期有85公斤,超壮硕的身材、肥滋滋的油肚成为同学之间嘲笑的题材,让她每天备受嘲讽霸凌。在她下定决心减肥,每想到减过头罹患厌食症,体重掉到只剩25公斤,顿时失去生存的意义。

Trending Thu, 27 May 2021
Featured Tue, 29 Jun 2021

“Masing- Masing Boleh Komen Dan Kritik, Tapi Jangan Sampai Menghina”- Siti Elizad

Pelakon,  Siti Elizad  kini kembali aktif di Instagram setelah berdepan dengan isu cyber bully minggu lalu. Baca artikel berkaitan : Dituduh Mandul, Dipanggil Puk***k, Didakwa Tak Solat – Elizad Sharifuddin Buat Laporan Polis Terhadap Netizen […]

Featured Fri, 30 Sep 2022
Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Chong Wei SAH Kanser Hidung Peringkat Awal

Susulan itu, Meja Sukan NSTP melaporkan pemain berusia 36 tahun berkemungkinan besar terpaksa ‘menggantung raket’ kerana sebenarnya mengalami masalah kesihatan yang serius.

Featured Sun, 5 Jun 2022
error: Content is protected !!