Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom April 30, 2018 @ 10:00am

Provokasi Netizen Bikin Fasha Sandha Bersuara, Bila Kaitkan Bajunya Sama Dengan Nora Danish

Alamak! Fasha Sandha dan Nora Danish pakai baju samalah! Ikutkan memang tiada apa yang pelik kerana baju yang dipakai mereka itu bukan ditempah khas daripada designer. Sebaliknya jenama H&M yang sesiapapun boleh memilikinya.

Cumanya apabila dua selebriti yang pernah seteru apatah pula pernah mengahwini lelaki yang sama, memanglah situasi tidak disengajakan seperti ini, nampak lucu sekaligus menjadi bahan untuk netizen mengapi-apikan.

Menurut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 34, dia pernah memakai baju tersebut pada Januari lalu.

Fasha memberitahu dia tidak kisah jika pakaiannya sama dengan orang lain dan meminta netizen yang mempertikaikan tentang perkara itu agar berhenti mengikutnya di laman sosial.

Foto : beautifulnara

Obviously saya pakai empat bulan lalu pada Januari ada saja kat Insta saya. Aiyo kalau sama-sama nak pakai pun apa masalahnya.

Followers oh followers. Tolong unfollow saya boleh? It’s okay la kalau sama-sama pakai baju H&M apa salahnya.

Do some research sebelum komen. Terima kasih,” balas Fasha.

Kata pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini, dia sendiri tidak pernah mempersoalkan mana-mana pihak yang mempunyai baju sama sepertinya.

Fasha turut berharap netizen melupakan perkara yang sudah berlalu kerana dia dan Nora juga sudah meneruskan kehidupan masing-masing.

Foto : Beautifulnara

“Kita tak pernah pertikaikan bila orang pakai baju sama dengan kita. Move on please followers.

“Kami berdua pun sama-sama dah move on. Tolonglah,” kata Fasha.

Sumber : mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Oct 2025

Dipuji Artis Bijak, Intan Najuwa Lantang Suarakan Pendapat Isu Jenayah Di Sekolah – “Anak Ni Ibarat Kain Putih, Kita Yang Corakkannya”

Intan menzahirkan rasa kecewa dan bimbang terhadap insiden melibatkan pelajar bawah umur termasuk kes buli, rogol dan pembunuhan seperti yang tular.

Events Fri, 15 Jul 2022
Trending Mon, 21 May 2018

SPRM Panggil Najib Beri Keterangan Esok

Sekiranya beliau tidak hadir untuk proses mengambil keterangan, beliau boleh dikenakan tindakan di bawah Akta SPRM 2009.

Trending Tue, 10 Sep 2019

妈妈怒!研究:老公比小孩更让人崩溃

对大部分妈妈来说,生活中要承受许多压力,除了努力工作,下班后还得应付难缠的公婆和哭闹的孩子;不过最近有研究指出,其实对女性而言,最大的压力来源并不是爱胡闹的小朋友,而是……

Featured Tue, 17 Dec 2024
Trending Fri, 3 Apr 2020
error: Content is protected !!