Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 9, 2024 @ 8:02pm

Sophia Albarakbah Gementar Bergandingan Dengan Remy Ishak – “Dia Nampak Sangat Tegas!”

Pelakon jelita Sophia Albarakbah mendedahkan dia gementar mahu bergandingan dengan aktor hebat Datuk Remy Ishak.

Disatukan dalam drama bersiri Marina yang kini bersiaran secara eksklusif hanya di Tonton, pendapat Sophia mengenai Remy berubah selepas berlakon bersama figura itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

“Pada awalnya, saya takut dan nervous. Remy nampak sangat tegas, tetapi selepas mengenali dia, telahan awal saya berubah.

“Selepas bergandingan bersama dalam Marina, Remy adalah seorang yang friendly and funny… Dia very fun on set,” katanya.

Sophia turut berharap agar drama bersiri ini mendapat sambutan yang baik.

“Selain Remy, naskhah ini menggandingkan saya bersama Hisyam Hamid, Muhsin Nadzli, Haneesya Hanee, Shaza Bae dan ramai lagi.

“Saya berharap karya Marina ini dapat diterima ramai, Insya-Allah,” ujarnya lagi.

Sinopsis Marina

Karya ini membawa penonton menyusuri perjalanan kehidupan Marina, seorang wanita muda yang bercita-cita untuk hidup mewah selepas kematian kakaknya. Marina terjebak dalam hubungan yang rumit dan berbahaya. Namun, akhirnya hubungan itu membawa dia bertemu dengan lelaki yang patah hati yang mungkin menjadi kunci kepada kebahagiaannya.

Dengan gabungan barisan pelakon hebat seperti Sophia Albarakbah, Datuk Remy Ishak, Hisyam Hamid, Muhsin Nadzli, Haneesya Hanee, Shaza Bae dan ramai lagi, drama bersiri 30 episod terbitan Creative Skill Solution yang diarahkan oleh Along Kamaludin ini akan mengisi malam anda dengan pelbagai perasaan – cinta, pengkhianatan, dan harapan yang tidak pasti, bersiaran mulai 25 November 2024, setiap Isnin hingga Khamis.

Marina mengisahkan seorang wanita muda Marina (lakonan Sophia Albarakbah) yang bertekad mengubah nasibnya selepas kematian kakaknya dengan berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Di sana, dia bertemu dengan Datuk Fahad (lakonan Hisyam Hamid), seorang ahli kelab eksklusif yang kaya dan disegani, Marina menganggap beliau sebagai jalan keluar daripada kemiskinannya. Namun, cinta sejati mula tumbuh dalam dirinya apabila dia berkenalan dengan Haqiem (lakonan Datuk Remy Ishak), lelaki yang patah hati selepas ditinggalkan oleh tunangnya. Dalam dilema antara kekayaan dan cinta, Marina terpaksa membuat keputusan yang bakal menentukan nasib hidupnya.

Konflik keluarga

Menariknya, drama ini turut menyelitkan konflik keluarga yang mendalam seperti Haqiem, anak sulung keluarga kaya, terperangkap antara tanggungjawab terhadap perniagaan keluarga dan percintaan bersama Marina. Di sebalik wajah karisma Datuk Fahad yang kelihatan sempurna, tersembunyi sisi gelapnya yang melibatkan kegiatan haram dan konspirasi. Marina pula, yang mengimpikan kehidupan mewah, terpaksa berhadapan dengan ujian dan pengkhianatan yang lebih besar daripada perkara yang disangkakannya.

Mampukah Marina menemukan kebahagiaan sejati di tengah-tengah dugaan hidupnya? Bagaimanakah pula nasib Haqiem dan hubungannya dengan Marina yang diuji dengan pelbagai dugaan yang terus melanda mereka? Saksikan Marina, drama penuh emosi yang akan membuka mata anda tentang erti sebenar cinta, keluarga, dan pengorbanan, mulai 25 November 2024, eksklusif di Tonton. Strim episod baharu melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Farah Nabilah Tunang Senyap-Senyap?

Apapun, kami doakan yang terbaik buat Farah Nabilah okay!

Hiburan Thu, 25 Aug 2022

“Itu Bukan Saya” – Josiah Hogan Jadi Mangsa Scammer

Bahaya betul.. nasib baik tak sempat, kalau tak habis kena tipu.

Featured Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Sun, 4 Mar 2018

Anak Cristiano Ronaldo Tayang Badan Berotot

Anak Cristiano Ronaldo Berusia 7 Tahun Tayang Badan Berotot

Trending Sat, 23 Dec 2017

陪女生逛街「战死商场」的英雄们!

对于很多男生来说『购物』是一种折磨,但他们要怎么开口向他的爱人表明呢?(音乐响起:总是开不了口让她知道……)看过以下这组照片,你就会明白这些『商场英雄』的心声。

error: Content is protected !!