Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 18, 2023 @ 3:12pm

Puteri Sarah Enggan Kurangkan Jumlah Tuntutan Nafkah & Gugurkan Kes Injunksi Terhadap Keluarga Ira Kazar

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof masih belum menemui titik noktahnya selepas pengarah itu enggan menceraikan isterinya di Mahkamah Rendah Syariah, hari ini.

Menurut Sarah, proses perceraian itu gagal menemui jalan penyelesaiannya kerana kurang bersetuju dengan beberapa perubahan baharu yang diminta oleh pihak Syamsul.

Antara syarat yang diminta oleh pihak Syamsul ialah Sarah perlu menarik semula kes pertuduhan terhadap keluarga isteri keduanya, Ira Kazar dan mengurangkan jumlah tuntutan nafkah.

“Dia macam ni, mula-mula kita dah capai kata persetujuan haritu. Tapi ada beberapa yang saya tak setuju. Pertama, dia suruh saya tarik kes terhadap keluarga Kazar.

“Saya takkan tarik kes untuk apa saya berjuang selama ni. Jadi syarat dia kalau dia kata nak lepaskan saya, saya kena tarik semula kes terhadap family Kazar. Lagipun kes tersebut antara saya dengan dia.

“Kedua dia minta diskaun tuntutan nafkah anak-anak dan mutaah. Saya taknak bagitahu jumlah sebab nanti memalukan tapi dia minta diskaun come on laa kan,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah sempat menjelaskan kata sepakat yang telah dicapai bersama Syamsul pada minggu lalu.

“Masa tu saya cakap nak buat satu persatu tapi tiba-tiba bila peguam dia bagi draf perjanjian dekat lawyer saya dia kata kena tarik.

“Saya memang bertegas untuk tidak akan tarik kes daripada family Kazar dan akan teruskan. Kalau nak panjang, panjanglah.

“Harta sepencarian pun saya tak minta. Saya minta banyaknya untuk anak-anak. Tapi kalau untuk anak-anak pun nak diskaun lepas tu suruh tarik balik kes terhadap keluarga sana bendan ni melampau. Saya akan fight demi anak-anak,” jelasnya.

Enggan mendedahkan jumlah tuntutan nafkah yang diminta, Sarah menyatakan angkanya tidak mencecah jutaan ringgit dan Syamsul masih mampu untuk membayarnya.

“Kami punya tuntutan tak sampai RM1 juta pun. Amount yang diberikan sangat reasonable. Tapi dia minta terlampau rendah sangat jadi kami pun tak setuju.

“Takpa kita ada Hakam dan saya tak kecewa sebab saya perjuangkan untuk anak-anak bukan fight kosong, hak anak-anak dan hak saya. Jadi saya tak kisah,” katanya.

Susulan penangguhan perceraian tersebut, peguam yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan bahawa prosiding akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.

Malah, Akberdin juga menyifatkan permintaan yang dikemukakan oleh pihak Syamsul tidak munasabah.

“Dia minta diskaun yang telampau banyak jadi anak guam saya tidak setuju. Lagi satu Syamsul minta tindakan sivil terhadap Ira Kazar tu ditarik balik sebab sekarang ni kes tengah berjalan jadi kita tidak setuju.

“Jadi, tawaran diberikan hari ini tidak munasabah. Syamsul mahu nafkah anak dikurangkan sebanyak 30 peratus dan mutaah diturunkan 80 peratus.

“Sebelum ini, anak guam saya tidak menuntut harta sepencarian. Jadi, selepas ini kita akan failkan harta sepencarian pula,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Lilly Singh Expressed How ‘Fairness Creams’ Shouldn’t Even Exist

Lilly Singh takes on the dark side of skin-lightening creams and how it creates a huge problem in India.

Hiburan Sat, 5 Apr 2025

“Dia Peluk Saya Kuat Sangat…” – Kakak Kongsi Momen Terakhir Bersama, Allahyarham Nico Banyak Berdiam Diri

Kakak Allahyarham Nico kongsi perubahan adiknya yang menjadi seorang pendiam

Trending Sun, 25 Apr 2021
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

“Ketika Kami Meluru Keluar, Lampu di Mall Sudah Mula Jatuh” – Hariz Hamdan Cerita Detik Cemas Gempa Bumi Di Bangkok

Hariz Hamdan menceritakan detik cemas merasai gegaran gempa bumi di Bangkok, tengah hari semalam.

Hiburan Thu, 23 Oct 2025

“Hakikatnya Bertahan & Berjuang Demi Anak Itu Tak Mudah… Pengakhiran Juga Satu Jawapan Tepat” – Raja Ilya

Raja Ilya menegaskan perceraian bukan satu kegagalan sebaliknya sebuah pilihan tepat

Trending Fri, 10 Jul 2020
Featured Fri, 23 Dec 2022

Alif Satar Bersyukur Dapat Rasa Hujan Di Makkah – “Ini Memang Rezeki Hari Jumaat…”

Pelakon dan penyanyi Alif Satar bersama kumpulannya, The Locos berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah. Artikel Berkaitan: Alif Satar Gembira Dapat Jumpa Mufti Menk Di Madinah – “Dia Muncul Dan Solat Sebelah Saya” Baru-baru […]

error: Content is protected !!