Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 25, 2021 @ 6:00am

“Kami Sudah Minta Maaf”- Didakwa Langgar SOP, Ashraf Khalid & Isteri Akui Kesilapan Sendiri

Baru-baru ini tular mengenai dakwaan anak kepada penyanyi popular tanah air, Datuk  Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa, Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Ariffin melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika membuat kunjungan di sebuah hospital di Selangor selepas penyanyi nombor satu negara itu selamat melahirkan anak keduanya pada 19 April lalu,

Menurut Asyraf, beliau dan isteri telahpun memohon maaf kepada penyanyi itu di atas insiden yang berlaku termasuklah sudah memadam video yang memaparkan suasana ketika kunjungan di hospital berkenaan menerusi Youtube dan juga Instagram.

“Kami sudah menghubungi Mak Iti (Siti Nurhaliza) memohon maaf menerusi aplikasi WhatsApp dan panggilan telefon”

“Tokti pesan, jadikan ianya iktibar…”

Tambahnya lagi, Datuk Seri Siti Nurhaliza berpesan agar jadikan perkara ini sebagai iktibar pada masa akan datang selain memaklumkan beliau dan isteri akan melawat penyanyi itu di kediamannya.

“Mak Iti berpesan jadikan perkara ini sebagai iktibar pada masa akan datang. Insya-Allah, kami akan melawat Mak Iti berpantang di rumahnya, hujung minggu ini,” katanya. Pasangan berkenaan ditemui pada majlis berbuka puasa di Wisma Mutyara di Puchong, petang semalam.

Asyraf memaklumkan apa yang dilakukannya itu sebagai abang yang teruja berkongsi gambar dan momen bersama seorang adik semata-mata. Namun, beliau dan isteri tidak menyangka perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

“Saya tak seronok dengan Mak Iti selepas gambar ini tular. Tak pasal-pasal timbul cerita bukan-bukan yang kurang enak didengar”
“Apa terjadi bukan salah Mak Iti atau sesiapa. Salah datangnya daripada kami. Kami minta maaf kepada sesiapa yang terguris hati termasuk Mak Iti,” 
“Kami masuk hospital dengan memakai pelitup muka, jaga jarak, melakukan pengimbasan kod QR My aplikasi MySejahtera dan pengambilan suhu badan. Kami datang berdua dan mengambil video dengan telefon bimbit sendiri.
“Tak timbul isu kami cuba menumpang populariti mencari kandungan digital membabitkan Mak Iti. Isteri sendiri sudah pun terbiasa membuat Vlog, setiap hari,” jelasnya.

Kesal dengan apa yang terjadi

Bagi Tya Ariffin pula, sejujurnya beliau kesal dengan apa yang terjadi dan tidak menyalahkan netizen di luar sana yang turut marah dengan tindakan mereka.

Baginya, biarlah apa yang berlaku ini dijadikan iktibar dan berharap agar penyanyi kesayangan ramai itu dapat berpantang dengan tenang.

“Ramai yang marah, tetapi mereka berhak rasa begitu. Sempena bulan Ramadan ini, saya dan suami tak mahu memanjangkan perkara ini. Buang keruh, ambil yang jernih.
“Sebaiknya biarlah Mak Iti berpantang dan membesarkan bayi kedua dengan tenang. Sebagai ibu, momen inilah yang ditunggu Mak Iti untuk melihat anak-anaknya membesar,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Sun, 1 Mar 2026

“Penghayatan Kami Berbeza! Kalau Tak Suka Cover Kelly Azman, Jangan Kecam… Sila Swipe” – Syamel

“Terima kasih Kelly Azman kerana memilih untuk cover lagu saya, tapi mohon peminat jangan kecam” – Syamel.

Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Thu, 26 Sep 2024
Trending Fri, 25 Jan 2019

疯狂夫妻搜集30尊「古董娃娃」不生小孩:它们更听话!

美国一对夫妻结婚4年,因为受不了亲友催问生育大计,两人竟发挥创意,将太太从小热爱搜集的娃娃成为「亲生女」!

error: Content is protected !!