Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 29, 2025 @ 7:13am

“Ketika Kami Meluru Keluar, Lampu di Mall Sudah Mula Jatuh” – Hariz Hamdan Cerita Detik Cemas Gempa Bumi Di Bangkok

Pelakon Hariz Hamdan menceritakan semula detik cemas merasai gegaran gempa bumi di Bangkok, tengah hari semalam.

Berada di ibu negara Thailand itu atas urusan kerja, Hariz yang berada di MBK Mall ketika kejadian berlaku pada awalnya menyangka dia sekadar pening kepala.

“Saya bersama pengurus, Fahmie Muslim berada di Bangkok untuk menghadiri majlis ASICS Sportstyle Pop-Up Event di Bangkok.

“Sebagai duta jenama Asics Malaysia, saya berada di sini bersama duta-duta negara Asia Tenggara lain untuk meraikan acara terbabit.

“Ketika kejadian, saya berada di MBK Mall dan sedang mencari ‘adapter’ untuk telefon pintar. Sewaktu gempa bumi berlaku, kami berada di tingkat empat.

“Pada awalnya saya fikirkan saya pening kepala, rupanya ia adalah gempa bumi. Lampu mula bergoyang dan orang ramai mula kelam kabut mencari jalan keluar. Kami turut keluar dan berkumpul di tempat selamat,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala Richter menggegarkan Myanmar semalam, menyebabkan sejumlah bangunan runtuh dan menimbulkan kerisauan orang ramai.

Gempa bumi itu melanda barat laut bandar Sagaing pada tengah hari semalam dengan kedalaman cetek.

Gegaran gempa bumi turut dirasai di ibu negara Thailand dan ia menggegarkan bangunan, menyebabkan penduduk lari bertempiaran dan mencetuskan panik di seluruh bandar.

Jabatan Meteorologi Thailand melaporkan gempa bumi itu berukuran 8.2 pada skala Richter manakala Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana merekodkan gempa dengan magnitud 7.4.

Dalam pada itu, Hariz yang pertama kali berhadapan dengan kejadian bencana alam mengakui dia sangat panik.

“Saya sangat panik dan pengalaman yang dilalui sangat menakutkan. Ini adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi sebegini.

“Ketika kami menuju keluar, lampu pusat membeli belah itu sudah mula jatuh dan terdengar bunyi kaca pecah. Saya sangat risau pusat membeli belah itu runtuh, nasib baik tak ada apa-apa yang buruk terjadi dan kami sempat keluar dengan selamat.

“Acara yang saya patut hadiri pun telah dibatalkan. Saya bakal kembali ke Malaysia pagi ini. Apapun, saya berharap saya dapat pulang menyambut Hari Raya dengan selamat, Insya-Allah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Kayda Kongsi Pesanan Untuk Kaum Hawa Dalam ‘Macam Macam’

Buat penggemar lagu hip hop di luar sana, semoga terhibur!

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Azlan Typewriter Optimis Bawa Produk Minuman Ke Peringkat Antarabangsa

Terbukti power minuman ni, Good Luck untuk Lan & pasukan Turbo 3!

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

孙燕姿《半句再见》预告 超音波短片温馨催泪

孙燕姿先前为电影《六弄咖啡馆》配唱的主题曲《半句再见》,日前在脸书公开预告影片,短短30秒影片纪录超音波短片及宝宝心跳声,充满温馨母爱。

Hiburan Sat, 27 Apr 2024
Hiburan Tue, 9 Oct 2018

Terharu Menang Kali Kelima, Neelofa Janji Jumpa Peminat Tak Lama Lagi

Menang kali kelima dalam kategori Pengacara TV Popular, ini reaksi Neelofa. Walaupun tidak berada di Malaysia, pengacara jelita ini tidak menyangka sokongan peminat terhadapnya tetap ummphhh!

error: Content is protected !!