Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 2, 2025 @ 7:36am

Dua Beradik ‘Blood Brothers’ Raih Kemenangan Bersama, Syafiq Kyle & Syazwan Zulkifly Kongsi Gelaran Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM 34

Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM 34) menghadirkan kejutan apabila dua pelakon hebat, Syafiq Kyle dan Syazwan Zulkifly diumumkan sebagai pemenang bersama bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Kemenangan itu diraih hasil persembahan bertenaga mereka dalam filem Blood Brothers: Bara Naga yang menonjolkan keserasian dan kekuatan emosi sebagai dua beradik berdepan konflik dalaman.

Ini merupakan kali kedua kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik meraikan dua pemenang.

Kali pertama kategori terbabit meraikan dua pemenang adalah pada FFM 6 pada tahun 1986 yang mengangkat Arshad Mahuri dan Pyan Habib. Mereka menonjolkan lakonan hebat dalam filem Tsu Feh Sofiah.

Anugerah itu sekali gus meletakkan Syafiq dan Syazwan di atas tiga calon lain, iaitu Aedy Ashraff (Kahar: Kapla High Council), Shukri Yahaya (Blood Brothers: Bara Naga) dan Eman Manan (Takluk: Lahad Datu).

Filem usahama Skop Production dengan Media Prima sebagai rakan promosi itu diarahkan bersama Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra.

Ia mengisahkan tentang Ariff, watak lakonan Syafiq Kyle, yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk bekerja di bawah Datuk Zul (Wan Hanafi Su), seorang ahli perniagaan berpengaruh merangkap ketua Mafia Naga.

Ariff kemudiannya mengangkat sumpah setia sebagai pengawal peribadi elit dalam syarikat keselamatan Silent Guard, lalu menjadi Blood Brother kepada Ghaz. Namun, keadaan berubah apabila satu pengkhianatan besar berlaku dan Ariff dituduh sebagai pengkhianat.

Dalam usaha membersihkan namanya, Ariff melarikan diri dan mencari pertolongan abangnya yang sudah lama terpisah, Jaki, dilakonkan oleh Syazwan Zulkifly. Sementara itu, Ghaz pula ditugaskan memburu Ariff dan menyerahkannya kepada keluarga Naga yang menuntut keadilan serta dendam.

Selain Syafiq dan Syazwan, filem aksi penuh emosi ini turut dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Irfan Zaini, Andy Teh, Ray Dap Dap, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Zamarul Hisham dan ramai lagi pelakon berbakat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Peminat Kagum Hisyam Hamid Kerap Cipta Momen Bersama Anak-Anak

Hisyam Hamid akui hanya kotakan janji terhadap anak-anak, bawa mereka berjalan satu dunia

Featured Sun, 9 Jan 2022

Beg Tangan Mewah Diperbuat Daripada Kulit Oren

Siapa sangka kulit buah oren yang kita selalu buang boleh dijadikan sebuah beg tangan yang cantik? Seorang pereka seni makanan dan ahli gastronomi molekul dari Jordan, Omar Sartawi telah mencipta sebuah beg tangan yang mesra […]

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Luar Biasa! KRU Studios Terus Menyengat Dengan Wheely

Di Malaysia, kami keluarkan serentak dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kami faham dengan kehendak penonton di Malaysia terbahagi dua. Satu yang lebih cenderung kepada komedi melayu dan ada yang lebih kepada komedi berbahasa Inggeris

Trending Tue, 22 May 2018

Najib’s Lawyers Quit Right Before Questioning by MACC

It seems like Najib’s legal team would rather quit than fight for him.

Kisah Viral Thu, 15 May 2025
Kes Mahkamah Fri, 14 Jul 2023
error: Content is protected !!