Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 28, 2022 @ 9:12pm

Farahdhiya Dapat Ilham Lagu Untuk Arwah Bapa Ketika Mandi Sambil Menangis

Selebriti jelita, Farahdhiya, 38, bakal tampil dengan lagu baharu yang dicipta dan didedikasikan khas buat bapanya, Allahyarham Mohd Amin Zubir yang meninggal dunia dua tahun lepas.

Menerusi lagu berjudul Tak Terganti itu, penyanyi yang mesra disapa dengan nama Farah ini mendapat inspirasi untuk menghasilkan melodi lagu ini ketika dia sedang mandi.

“Saya tak pernah ada perancangan pun sebenarnya nak buat lagu ini. Ia datang sendiri ketika saya menjalani penggambaran. Sewaktu itu, saya di bilik hotel.

“Ketika saya sedang mandi, saya teringat dengan bapa saya dan secara tiba-tiba datang melodi bermain di fikiran. Ketika itu saya mandi sambil menangis. Selesai sahaja mandi, saya terus rakam melodi yang bermain di fikiran dan siapkan lirik hingga terhasil lagu Tak Terganti,” katanya.

Tambah Farah, dia masih terkesan dengan pemergian bapanya walaupun sudah dua tahun masa berlalu.

“Sejujurnya, walaupun dah dua tahun bapa meninggalkan saya, saya masih rasa sedih. Karya ini dekat di hati saya kerana ia menjadi luahan perasaan saya terhadap arwah. Dia bapa saya, kawan baik saya, sahabat saya.

“Saya akui sukar nak rakam lagu ini, sebab perasaan sedih itu tapi saya kena kuatkan hati dan mengawalnya.

“Macam mana agaknya nanti jika saya ditugaskan untuk menyanyikan lagu ini secara ‘live’. Ketika itu, pastinya saya harus lebih kuat untuk mengawal emosi dan perasaan,” katanya lagi.

Farahdhiya ditemui pada sesi temubual virtual untuk mempromosikan drama Selamanya Suri Cinta yang bersiaran di TV9 pada Selasa.

Selain Farahdhiya, drama Selamanya Suri Cinta nukilan skrip oleh Azilah Wahab, Ramlah Rashid, Hasnita Hamidi dan Haslizawaty Hassan ini menampilkan pelakon lain seperti Siti Nordiana, Sham Visa dan Fahrin Ahmad.

“Naskhah 20 episod terbitan Suhan Movies ini menyaksikan saya membawa watak Maisarah dan ia diarahkan oleh Zamri Zakaria.

“Dalam drama ini Maisarah adalah kawan baik kepada Wanda lakonan Siti Nordiana yang mana kami berkawan dari zaman kolej, menjadi dewasa dan selepas kahwin pun masih berkawan baik. Kami juga saling berkongsi masalah rumah tangga.

“Timbul isu salah faham dalam persahabatan mereka apabila Maisarah mula kerja dengan suami Wanda.

“Saya menerima tawaran berlakon dalam drama ini pertama, sebab saya sudah lama tidak berlakon dengan Suhan Movies. Kedua, apabila membaca skrip, jalan cerita menarik. Drama ini sepatutnya menjalani penggambaran tahun lepas, tapi ditunda,” katanya.

Drama ini sudah mula bersiaran pada 15 Julai lalu, ditayangkan setiap Khamis dan Jumaat, jam 9.30 malam di TV9.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 26 Nov 2017

Empat Kakitangan SESB Parah Pencawang Meletup Dan Terbakar

Empat Kakitangan SESB Parah Pencawang Meletup Dan Terbakar

Hiburan Fri, 13 Dec 2024
Featured Wed, 19 Feb 2025
Featured Thu, 2 Jun 2022
Trending Fri, 21 Jun 2019

Selepas Nepal, Indonesia Pula Haramkan PUBG

Selepas Nepal, Indon pula haramkan PUBG. Dah kenapa?

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

Zarina Zainoordin Bengang Asyik Ditanya Soalan Kahwin

Ish, netizen yang suka menyibuk hal orang lain…next time jangan tanya soalan sama lagi ok?

Hiburan Sun, 20 Oct 2019

“Kalau Nak Buka Aib, Dah Banyak Saya Boleh Ceritakan, Tapi…” – Datin Rebecca Nur Islam

Selepas mendirikan rumahtangga dengan Dato’ Nur Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011, pelakon, Datin Rebecca Nur Islam menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarganya, lebih-lebih lagi selepas mempunyai enam orang cahaya mata, sudah tentu masa banyak diluangkan […]

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Sukar Bernafas, Zizan Razak Dikejarkan Ke Hospital

Semoga cepat sembuh, Zizan Razak!

Hiburan Fri, 12 Jan 2024
error: Content is protected !!