Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari March 29, 2023 @ 2:49pm

Mohon Pindaan Nafkah Anak, Bekas Isteri Sam Bunkface Minta Kemuka Bukti Pendapatan – “Dekat Media Sosial Nampak…”

Bekas isteri kepada Sam Bunkface, Aida Azira Hussin mengakui bahawa dia tidak bersetuju dengan permohonan yang dibuat Sam berkaitan nafkah anak mereka ketika hadir ke mahkamah semalam.

Jelasnya, memetik laporan mStar, Aida menyatakan bahawa itu adalah tanggungjawab bekas suaminya untuk memberi nafkah kepada anak tunggal mereka dan bukannya memohon untuk dipinda.

“Sudah tentu saya tidak bersetuju kerana itu memang tanggungjawab dia. Dia kena bayar nafkah ke atas anak dia secukupnya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia mengatakan bahawa Sam kelihatan seperti tiada kekangan untuk membayar nafkah anak apabila melihat gaya hidup bekas suaminya di media sosial.

Susulan itu, Aida meminta Sam untuk menunjukkan bukti jika dia benar mempunyai masalah dengan pendapatan sehingga perlu meminda nafkah anak mereka.

“Ya ke? Dia kena buktikanlah kalau dia tidak ada persembahan atau pendapatan. Tapi kalau tengok dekat media sosial macam bertentangan dengan apa yang dia cakap,” jelasnya.

Dedahnya lagi, Sam sudah enam bulan tidak berjumpa dengan anak mereka malah panggilan yang dibuat juga tidak dijawab.

“Mungkin dalam lima atau enam bulan sejak tahun lalu. Dia yang tak jumpa anak. Sudah tentu anak ada mencari dia.

“Anak saya cuba untuk menghubungi dia tetapi panggilan tidak dijawab. Hubungan kami pun macam itu sajalah. Berhubung hanya untuk anak,” kata Aida.

Dalam pada itu, Sam enggan memberi sebarang kenyataan berkaitan pindaan nafkah tersebut.

Untuk info, Sam dan Aida pernah berkahwin pada April 2015 namun bercerai pada Januari 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Maleeq, 6.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 30 Aug 2018

Seindah Dan Secantik Orkid Cattleya, Dai’ Ini Dapat Pujian?

 “Secantik dan Seindah Orkid Cattleya” apakah maksud disebalik pujian ini?

Hiburan Mon, 24 Sep 2018
Hiburan Sat, 5 Aug 2023
Hiburan Wed, 27 Jun 2018

“Gila Glamour, Tagih Simpati” – Intan Liana Terkilan

Intan Liana terkilan dengan sesetengah pihak yang mengatakan dia menagih publisiti murahan dan gila glamour.

Featured Wed, 1 Mar 2023

Padam Semua Hantaran Di IG, Ella Akan Berhenti Menyanyi? – “Terima Kasih Untuk 35 Tahun”

Alamak, ratu rock kita nak bersara ke? 😭🤧Jangan laaaa 😮‍💨 Min harap ini semua prank! 🤧😭

Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Kenapa Anak Semua Lelaki? Linda Rafar Terima Soalan Tak Masuk Akal!

Dalam posting berkenaan, Linda meluahkan rasa syukur atas pemberian Allah yang mengurniakannya lima anak lelaki di mana salah seorang daripadanya berada di Jannah.

error: Content is protected !!