Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 11:00am

[VIDEO] Individu Fitnah Sombong & Berlagak, Zain Saidin Perjelas Syarat Kena Beli Dulu Produk Dahulu Baru Boleh Bergambar

Pelakon dan usahawan, Zain Saidin, baru-baru ini tampil memberikan penjelasan selepas timbulnya kontroversi mengenai permintaan membeli produk sebelum bergambar di acara Raya Borneo Fest yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Dalam sebuah video di TikTok, Zain menjelaskan kehadirannya dan isteri, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, di acara tersebut adalah sebagai peniaga, bukan sekadar selebriti yang hadir untuk bergambar.

“Ada seorang individu ni dia viralkan kata nak bergambar dengan saya dan Che Ta, dia bengang kena beli produk dulu. Saya kata kat dia kena beli produk dulu baru boleh bergambar dengan kami, bukan kena bayar tapi bila awak beli barang menunjukkan awak sokong kami. Kami beri gambar tu sebagai free gift,” katanya.

Menurut Zain, tindakan tersebut bukanlah kerana mereka berlagak, tetapi sekadar meminta peminat memahami situasi sebenar sebagai usahawan.

“Kami tak berlagak, tapi kena faham satu benda. Kami datang ke event ini bukan sekadar naik pentas menyanyi dan balik, kerana mereka yang buat begitu dibayar. Sebaliknya, kami datang sini buka booth, tanpa bayaran sebarang elaun. Malah, kami sendiri tanggung kos penerbangan, penginapan, makanan, pekerja-pekerja serta pengangkutan dari Semenanjung ke Sabah.”

Zain turut meluahkan rasa kecewa apabila ada yang hanya mahu bergambar tanpa menyokong perniagaan mereka.

“Bila orang datang nak bergambar sahaja kemudian balik, apa manfaat untuk kami sebagai peniaga? Saya datang sini bukan untuk selfie semata-mata. Kos semua kena bayar sendiri, tapi produk tak jalan,” katanya.

Tambahnya, kelebihan mereka sebagai selebriti adalah peminat boleh mendapatkan peluang bergambar eksklusif sebagai tanda penghargaan jika membeli produk mereka.

“Sila faham, kami datang untuk berniaga. Kelebihan kami sebagai selebriti adalah anda boleh bergambar dengan kami sekali sekiranya anda beli barang untuk beri sokongan. Kami selebriti, tapi kami pun perlu sara hidup sendiri, kena usaha, kena bekerja,” tambahnya lagi.

Kenyataan Zain Saidin ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyokong pendiriannya sebagai usahawan yang berusaha sendiri, manakala ada juga yang berpendapat bahawa syarat tersebut kurang sesuai.

Namun, Zain tetap berpegang teguh kepada prinsipnya setiap kehadiran mereka di acara sebegini adalah untuk perniagaan, bukan sekadar memenuhi permintaan bergambar percuma.

@zainsaidin23

Kadang kita cuba paham orang tapi orang tak penah paham kita. Kadang kita cuba jaga perasaan diorg tapi dorang tak penah nak jaga perasaan kita. Ape2 pun selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin #raya #aidilfitri #sabah

♬ original sound – Zain Saidin – Zain Saidin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 25 Nov 2020
Trending Tue, 2 Jun 2020

[TERKINI] DBKL Beku Lesen Minuman Keras

Harap tindakan ini dapat beri keadilan kepada mangsa yang terlibat

Featured Thu, 25 Feb 2021
Featured Tue, 28 Feb 2023

[VIDEO] Puteri Sarah Tak Pandang Gelaran Datin – “Saya Bekerja Dapat Hasil Sendiri…”

She tak perlu gelaran Datin 🤪 She sendiri dah mega ❤️ Vass gituh Puteri Sarah 😌🥰

Trending Wed, 15 Jul 2020
Featured Tue, 28 Jun 2022

“Janin Keluar Atas Tapak Tangan, Rasa Pergerakan Sebelum Tali Pusat Dipotong..” Rafidah Ibrahim Keguguran

Innalillah, berat ujian Rafidah kali kedua keguguran. Paling sayu, janin bayi seakan tahu dia berada atas tangan ibu 😭😭 Min doa agar terus diberi kekuatan ❤️🥺

Hiburan Fri, 2 Jun 2023
Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Featured Mon, 1 Aug 2022

Mimpi Dipatuk Ular Tedung, Belum Rezeki Zul 2By2 & Intan Maya Untuk Timang Anak – “Isteri Alami 2 Kali Keguguran”

Semoga Zul & Intan Maya dijauhkan daripada segala perkara buruk serta dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata ❤️

error: Content is protected !!