Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 20, 2024 @ 7:21pm

“Saya Buat Hal, Jezamine Memberikan Kemaafan” – Berpisah Keputusan Bersama, Harith Iskander Beri Penjelasan Isu Perceraian

Melalui perjalanan panjang sebelum membuat keputusan untuk nekad bercerai, pelawak popular, Harith Iskander, 58 dan isteri, Dr Jezamine Lim, 41, menjelaskan perpisahan yang terjadi bukan dilakukan secara mendadak.

Sudah membuat pelbagai usaha untuk terus kekal dalam mahligai yang dibina selama bertahun-tahun, Harith mendedahkan dia banyak melakukan kesilapan dan Jezamine masih memaafkannya.

“Kami akui ada tempoh ‘dingin’ berlaku antara mereka sepanjang proses mempertahankan rumah tangga. Proses itu sudah berlangsung dalam jangka masa panjang, ada turun naik. Saya buat hal dan banyak melakukan kekhilafan, namun Jezamine memberikan saya kemaafan.

“Jezamine sangat bekerja keras untuk mempertahankan rumah tangga. Banyak proses yang sudah kami tempuhi, menghadiri sesi kaunseling rumah tangga, merujuk dengan kawan-kawan mengenai permasalahan yang kami hadapi.

“Namun dalam proses itu pun, ia belum berakhir dan kami masih cuba pertahankan. Terdapat tempoh di mana kami tidak mesra begini kerana perkara-perkara menyakitkan yang saya mulakan. Keputusan berpisah ini adalah atas kata sepakat bersama,” katanya.

Harith dan Jezamine membuat pendedahan mengenai status rumah tangga mereka kepada pengacara Daphne Iking menerusi sebuah ‘podcast’ di saluran YouTube The Rakyat Post.

Tak mahu berkongsi secara terperinci mengenai masalah yang terjadi dalam rumah tangga mereka, Harith sangat bersyukur hubungan mereka kini lebih bermakna sebagai rakan baik.

“Sampai satu tahap, saya sendiri sedar yang kami berdua lebih selesa berkawan baik dan tak nak rosakkan ikatan itu. Kami tak nak rosakkannya kerana kami bukan lagi pasangan berkahwin.

“Saya takkan mencuba mencipta alasan, saya buat perkara bodoh sebagaimana ramai lelaki lain lakukan. Ingatkan lelaki pada usia saya tahu lebih baik, lelaki tak pernah belajar. Bukan semua, tapi saya, ya.

“Sepanjang itu, dia sangat kuat. Saya tak mahu perincikan kerana kami ada tiga anak yang masih muda. Mereka pasti akan menonton ini. Kami berurusan dengan mereka secara peribadi. Jezamine dapat jagaan penuh dan saya dapat hak lawatan penuh. Kami mahu kekalkan rutin kami sama seperti sebelumnya. Saya akan tinggal berdekatan mereka,” katanya.

Dalam temu bual sama, Jezamine turut memohon orang ramai menghentkian dakwaan tidak berasas mengenai perkahwinan mereka.

“Saya terkejut kerana saya mendapat ratusan mesej selepas berita perceraian hangat diperkatakan. Orang bertanya adakah punca kami bercerai disebabkan Harith sudah tidak kelakar? Ada yang tanya kalau ia disebabkan pihak ketiga, soal kewangan atau apa.

“Ada orang cakap dia berkasar dan mendera saya tapi tak betul sama sekali. Hentikan spekulasi. Selepas berpisah pun, saya masih akan terus menjadi pengurus Harith dalam soal kerjaya,” katanya.

Terdahulu, pada 8 Julai lalu, keretakan hubungan Harith dan Jezamine hangat diperkatakan selepas Jezaimne mengesahkan dia memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Harith dan Jazemine berkahwin pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Sep 2019
Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Sufian Geram Disangka Masih Belum ‘Move On’

Terhibur pulak terbaca ada peminat Sufian Suhaimi yang menegurnya kerana keadaannya yang seperti tidak terurus dan masih menagih simpati bekas tunangnya, Elfira Loy walaupun Elfira sudah pun berkahwin dan akan bersalin anak pertama bersama suaminya, […]

Hiburan Tue, 6 May 2025
Trending Mon, 22 Aug 2022

“Muka Mommy Dia” – Genap Sebulan, Ayie Floor 88 Kongsi Wajah Puteri Sulung

Menyambut kelahiran puteri sulung pada bulan lalu, Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie dan isteri kini berkongsi wajah anak pertama selepas sebulan dilahirkan. Menerusi perkongsian di laman Instagram, bayi sulung itu diberi nama Nayla Amanda Binti […]

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Happy Birthday Ney Ney! Ini Ucapan Sweet Nora Danish Buat Anaknya

Selalu min pun terhibur bila Nora dan Bossned usik Ney Ney

Hiburan Sat, 4 Jan 2020

SonaOne Ceburi Bidang Filem Pula?

Support SONAONE geng!

error: Content is protected !!