Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 5, 2025 @ 3:37pm

“Dia Peluk Saya Kuat Sangat…” – Kakak Kongsi Momen Terakhir Bersama, Allahyarham Nico Banyak Berdiam Diri

Kakak kepada Allahyarham Nico , Suzzi Abdul Aziz, 59, berkongsi momen terakhir bersama penyanyi rap era 90-an itu ketika menyambut syawal pertama pada Isnin lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Suzzi berkata allahyarham Nico atau nama sebenarnya, Abdul Fashah Abdul Aziz, 53, memeluknya erat seolah-olah tidak mahu melepaskannya.

“Dia peluk saya sangat kuat sampai saya tanya, ‘Kenapa peluk kuat sangat?’ Kemudian dia salam dan cium tangan saya lama… sangat lama,” katanya.

Menurut Suzzi, Nico kelihatan ceria seperti biasa ketika mereka merakam video ucapan raya bersama keluarga, selain turut menziarahi bapa mereka, Abdul Aziz, 84, di Pandan Indah pada hari yang sama.

Namun, di sebalik senyuman dan gurauan itu, Suzzi perasan ada perubahan pada Nico yang menjadi seorang pendiam tidak seperti kebiasaanya.

“Pada hari raya pertama tu, dia agak diam. Tak seperti biasa… biasanya dia banyak bercakap dan suka bercerita. Tapi kali ini, dia lebih senyap,” ujarnya.

Kenangan bersama allahyarham menjadi lebih bermakna apabila Nico memberi duit raya kepada ayah mereka dalam jumlah yang luar biasa.

“Ayah terkejut sebab jumlahnya lebih banyak daripada biasa. Tapi Nico cuma senyum dan kata, ‘Ada rezeki.’ Kami memang biasa bergurau dalam suasana macam tu,” tambah Suzzi.

Suzzi turut berkongsi momen Ramadan terakhir bersama adiknya yang sangat menggemari sambal sotong masakannya.

“Sejak akhir-akhir ni, dia bawa e-hailing. Kalau sempat, dia singgah rumah untuk berbuka puasa. Seminggu sebelum raya, dia datang rumah sebab teringin nak makan sambal sotong. Masa tu dia nampak sangat gembira… kami banyak ketawa bersama,” tuturnya lagi.

Walaupun kehilangan ini sangat memilukan, Suzzi tetap bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan.

“Kami bersyukur sebab walaupun dia tinggal seorang, Allah permudahkan segalanya. Jenazahnya pun dalam keadaan baik… itu satu kelegaan buat kami,” katanya dalam nada sebak.

Nico yang juga anggota kumpulan Nico G itu meninggal dunia dalam tidurnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur, sekitar jam 11 malam tadi.

Sumber: Harian Metro

Kredit foto: Harian Metro/ Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 20 Feb 2018

ANGKARA KEBAB, ISTERI NEKAD MINTA CERAI

Saya cuma mengenalinya dua bulan sebelum majlis diadakan dan tidak pernah menyangka betapa kedekutnya dia.

Featured Sun, 31 Jul 2022
Trending Tue, 6 Feb 2018

7 Tip Sarapan Sihat dan Mudah

Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian. Itu fakta yang mungkin entah ke berapa ratus kali atau ribu kali yang anda telah dengar. Persoalannya mengapa sarapan sangat penting?

Trending Fri, 20 Mar 2020
Hiburan Sun, 25 Nov 2018

Abam Nak Lari Laju-Laju Sambil Jerit Kuat-Kuat Kenapa?

Dah kenapa dengan Abam?? Apasal nak lari laju-laju dan jerit kuat-kuat?

Featured Tue, 3 Dec 2024

Kes Ugut & Pukul, Suami Zahnita Direman 3 Hari

Zahnita Wilson mengejutkan ramai apabila berkongsi foto menunjukkan matanya yang kelihatan lebam.

error: Content is protected !!