Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 15, 2024 @ 5:02am

“Tidak Mengapa Jika Kelihatan Dia Bersama Wanita-Wanita Lain… Jangan Sampaikan Pada Saya” – Nora Danish Nafi Tinggal Serumah Dengan Bekas Suami

Pelakon jelita Nora Danish menafikan dia tinggal serumah dengan bekas suami, Nedim Nazri.

Aktres sitkom Puteri yang kini muncul dengan imej berhijab itu memberi penjelasan terbabit menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Stories miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish Beri Bayangan Sudah Berhijab?

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Dengan Imej Berhijab, Nora Danish Akui Lebih Tenang & Selesa – “Doakan Saya Kekal Istiqamah”

Tidak tinggal serumah dengan bekas suami, Nedim Nazri.

“Saya tidak tinggal serumah dengan Nedim dan tidak akan tinggal bersama kerana kami sudah bercerai,” tegas Nora.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini, tidak mengapa jika bekas suaminya dilihat bersama wanita-wanita lain kerana perceraian mereka adalah permintaan Nora sendiri.

“Jangan sampaikan kepada saya okay?”

Selain itu, pelakon filem Polis Evo ini juga tidak mahu ada pihak menyampaikan berita mengenai keberadaan Nedim.

“Dan tidak mengapa jika kelihatan dia bersama wanita-wanita lain kerana perceraian ini adalah permintaan saya. Jadi biarlah dia dan kehidupannya. Jangan sampaikan kepada saya okay?” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

Nora turut menegaskan dia dan bekas suami hanya rapat atas urusan anak-anak.

“Masing-masing dah melalui jalan berbeza. Kami hanya rapat atas urusan anak-anak. Tidak lebih, harap maklum,” ujar Nora.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 7 Tahun Terlerai… Nora Danish, Nedim Nazri Sah Bercerai Talak 1

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish Nafi Masalah Kewangan Punca Perkahwinan 7 Tahun Terlerai – “6 Bulan Kami Duduk Berasingan… Cuba Selamatkan Tapi Tak Berhasil”

Terdahulu, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.

Nora dan Nedim sah berpisah talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, pada 19 Jun lalu.

Sebelum ini, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.

Sementara itu, Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jul 2024

Pernah Teruk Dikecam, Shukri Yahaya ‘Serik’ Berlakon Babak Intim

‘Kalau pelakon wanita dalam selimut, saya di atas selimut’ – Shukri Yahaya

Hiburan Sun, 22 May 2022
Hiburan Fri, 28 Feb 2025
Trending Fri, 9 Apr 2021

Bantuan Sebanyak RM950,000 Buat Golongan B40 -TNB

bantuan buat B40 di negeri Perlis…

Featured Mon, 25 Aug 2025
Trending Wed, 4 Jul 2018

Kes Dana 1MDB, Anak Tiri Najib Razak Ke SPRM Lagi

Terdapat dakwaan bahawa dana dari 1MDB digunakan untuk membiayai beberapa filem Hollywood di bawah syarikat miliknya.

error: Content is protected !!