Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 16, 2024 @ 6:21pm

“Just Go Away! Nak Nasihat Boleh Tapi Jangan Hina” – Fathia Latiff Bengang, Suruh Netizen Dengar Ceramah Agama

Selepas mencipta kontroversei menerusi foto dengan ‘anak ikan’, pelakon sensasi Fathia Latiff tampil membidas netizen yang tak henti mengecam di Instagram miliknya.

Menerusi sebuah video dimuat naik di Instagram Story (IGs), Fathia meluahkan rasa berang terhadap netizen yang mengkritiknya sekaligus meminta mereka ‘berambus’.

Kata Fathia, dia berasa semak melihat komen-komen netizen yang terus mengecamnya di laman sosial.

“Just go away and get your life. If you don’t like my postings on Instagram, you can just move away.

“You don’t have to debate on my comments page because it is annoying and so irritating.

“So just move on!,” katanya.

Sementara itu, aktres drama rantaian Ariana Rose ini turut sempat memberikan cadangan kepada netizen untuk membuat perkara lebih faedah seperti mendengar ceramah daripada mengutuk orang lain.

Bagaimanapun, Fathia berkata dia tidak kisah sekiranya netizen mahu memberi nasihat namun tidak bukan menghina.

“If you guys feel like you don’t have nothing better to do, pergi dengar ceramah Ustazah ke apa, if rasa korang ni baik sangat nak komen pasal orang lain.

“I’m sick of all of this orangyang acah-acah baik. Korang pun tak tentu lagi masuk syurga ke neraka.

“Jangan sibuh, boleh bagi nasihat tapi jangan nak hina eh,” selarnya.

Sebelum ini, perkongsian Fathia di Instagram meraih perhatian selepas dia berkongsi video berpelukan bersama seorang individu yang didakwa merupakan anak ikannya.

Fathia Latiff

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Kongsi Gambar Peluk Dengan Anak Ikan? Netizen Komen: “Dia Ni Jenis Sauk Je Ke?”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 Apr 2026
Trending Sun, 22 Apr 2018

Merajuk Dengan Keluarga, Kanak-Kanak Bawa Diri Ke Bali Seorang Diri!

Emma berasa terkejut dan tidak boleh menjelaskan bagaimana perasaannya selepas mengetahui anaknya itu ke luar negara seorang diri dan menginap di Hotel All Season yang bertaraf empat bintang…Memang berani lah awak dik!

Featured Wed, 24 Jul 2024

Gara-Gara Kongsi Ketagihan Berjudi, Menang Wang RM68,000 Sampai Kena Kepung Gangster… Shuib Mohon Maaf

Shuib pun dah mengaku khilaf so, janganlah panjangkan isu ni lagi okay!👀🔥

Hiburan Tue, 23 Aug 2022
Hiburan Sun, 22 Jun 2025
Hiburan Mon, 12 Feb 2018

IMPAK JAMPI SANGAT BESAR – AZMEER

Azmeer memberitahu perbezaan markah antara tempat pertama dan kedua tidak begitu jauh namun tidak boleh mendedahkan angka tepat…

error: Content is protected !!