Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 5, 2026 @ 7:26am

Insiden Nabila Razali Curi Perhatian, Misha Omar Turut Kongsi Pengalaman Ditegur Peminat Secara Berhadapan: “Nampak Tua Eh Sekarang, Tulah Dah Tak Famous Dah”

Perkongsian penyanyi Nabila Razali berkenaan peminat yang memanggilnya dengan gelaran ‘artis suara chipmunk’ ketika mahu bergambar turut mengundang reaksi daripada rakan artis, Misha Omar yang berhadapan pengalaman hampir sama.

Pelantun lagu IDLYA itu tampil membalas hantaran tersebut dengan nada santai, namun apa yang dikongsikan nyata menggambarkan situasi kurang menyenangkan yang pernah dilaluinya ketika berdepan orang awam.

“Senasibkah kita di bulan yang mulia? ‘Misha Omar ke? Sorry tak perasan.. nampak tua eh sekarang, tulah dah tak famous dah macam dulu-dulu.. Nak gambar boleh? Nak tunjuk kat mak,” tulis Misha dengan emoji ketawa sambil mengalirkan air mata.

Perkongsian itu pantas mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut dengan cara teguran yang dianggap terlalu ‘straightforward’, namun dalam masa sama mengundang reaksi lucu kerana cara Misha menyampaikannya secara bersahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali Terkejut Peminat Gelar ‘Artis Suara Chipmunk’ Ketika Mahu Bergambar – “Dah Berkurang Ke Orang Cakap Berlapik Ni?”

Terdahulu, Nabila berkongsi pengalaman apabila didatangi sepasang suami isteri yang ingin bergambar dengannya. Namun, situasi menjadi janggal apabila si isteri mengulang kata-kata suaminya yang menyifatkan penyanyi itu sebagai “artis suara chipmunk”.

Momen tersebut membuatkan Nabila terdiam seketika kerana terkejut, namun dia menjelaskan tidak berkecil hati dan hanya tertanya-tanya sama ada cara percakapan seperti itu kini dianggap normal.

Tidak lama kemudian, Nabila turut memaklumkan bahawa wanita terbabit sudah tampil memohon maaf, malah sebenarnya merupakan peminatnya. Penyanyi itu juga mengambil pendekatan husnuzon dan mengakui mungkin dirinya terlalu cepat membuat kesimpulan.

Perkongsian daripada kedua-dua penyanyi ini membuka ruang perbincangan dalam kalangan netizen mengenai adab berkomunikasi, khususnya apabila berdepan figura awam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 12 Jul 2019

Alamak…Jurukamera ‘Seriau’ Kena Kacau Maknyah!

Adoi, nasib baik takde apa-apa jadi wak!

Hiburan Wed, 17 Apr 2024
Featured Fri, 6 Dec 2024

Kurang Sel Darah Merah, Adira Dikejarkan Ke Hospital

Hasil pemeriksaan Adira didapati mengalami kekurangan sel darah merah.

Hiburan Fri, 15 Sep 2023
Featured Tue, 14 Apr 2026

“Allah Maha Mengetahui, Saya Percaya Pada Takdir & Takdir Tu Milik Aku” – Syida Melvin

Syida Melvin meluahkan rasa terharu terhadap sokongan dan doa yang diterimanya daripada warganet.

error: Content is protected !!