Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 10, 2023 @ 8:29pm

Dikatakan Sedang Sibuk Buat Persiapan Kahwin? Ini Penjelasan Vida – “Bukan Nak Sorok Berita Baik, Cuma…”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida tampil menjawab spekulasi yang mengatakan dia kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 51, berkata dia tidak mahu berkongsi berita berkenaan kerana menghormati beberapa pihak lain.

“Kahwin? Tunggu sahaja berita baik saya.

“Memang kalau ikutkan, saya kurang kontroversi kebelakangan ini. Tetapi itu disebabkan kesibukan saya menguruskan beberapa hal peribadi.

“Bukan mahu menyorokkan berita baik, cuma nanti sahajalah. Bila tiba masa sesuai, saya akan kongsi,” kongsinya.

Disoal mengenai lagu raya nyanyiannya pada tahun ini, Vida akui ramai yang menyukai lagu Muah Muah Raya namun dia terkilan apabila tidak mempromosikan lagu itu dengan baik.

“Memang orang puji, ramai suka tetapi itulah, memang situ sahajalah lagu itu. Tidak seperti lagu-lagu sebelum ini.

“Pasrah juga bila keadaan itu berlaku. Rasa rugi bila tak dapat rangka promosi dengan baik. Nak buat macam mana, saya sibuk,” katanya.

Untuk rekod, Vida pernah mendirikan rumah tangga beberapa kali namun jodoh tidak panjang.

Pada penghujung 2021, nama Vida hangat diperkatakan apabila dikatakan bakal berkahwin dengan bekas pengurusnya, Ahmad Iqbal Zulkefli namun tidak menjadi kenyataan.

Sumber: Utusan Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Jan 2019

Hati Rita Rudaini Robek Lagi?

Semoga Pekan segera ditemui, sabar ya…

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Adibah Noor Bengang Pengguna Akaun Linked In Guna Tanpa Izin!

Adibah Noor meminta pengikutnya di laman sosial agar melaporkan sebuah akaun palsu dipercayai Linked In yang menggunakan fotonya untuk tujuan negatif.

Featured Tue, 19 May 2026

Zizi Kirana Tegur Netizen Persoal Status Iddah – “Fokus Sumud Dik”

Zizi Kirana tampil menegur seorang individu yang mempersoalkan status iddah nya.

Trending Tue, 6 Oct 2020
Featured Mon, 13 Feb 2023
error: Content is protected !!