Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana June 25, 2024 @ 11:48am

Hampir 30 Tahun Dalam Industri, Spider ‘Keluar Sarang’ Hiburkan Lebih 2,400 Peminat Dalam Sebuah Konsert Mantap!

Meskipun baru ‘keluar sarang’ selepas lebih dua dekad dalam industri, kumpulan pop rock tanah air, Spider masih berbisa memukau lebih 2,000 peminat menerusi konsert solo pertama mereka, ‘Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024’ pada Sabtu lalu.

Pada malam itu, peminat yang membanjiri Zepp Kuala Lumpur disajikan dengan seleksi lagu hit Spider antaranya Relaku Pujuk, Cinta Dewa Dewi, Buat Sang Puteri, Kasih Latifah, Laukku Cukup Masin, Ngam Ho serta banyak lagi.

@xtra_my Usahlah kau bersedih…🎶cuba korang sambung lagu Relaku Pujuk ni🤭 memang enjoy habis Spider bawak malam ni … #fyp #xtramy #konsertspiderkeluarsarang #spiderkeluarsarang24 #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA


Vokalis Spider, Rustam Mustafah atau Tam, 51, mengakui tidak menjangkakan sambutan cukup luar biasa peminat.

“Alhamdulillah, konsert sulung yang selama ini kami idam-idamkan akhirnya menjadi kenyataan. Inilah ‘view’ paling best yang pernah kami tengok sepanjang kareer kami.


“Apabila melihat semangat yang ditunjukkan peminat, ia seolah-olah ‘berkongsi’ tenaga dengan kami yang berada di atas pentas ini,” kata Tam ketika sidang media usai konsert melabuhkan tirai.

Lebih istimewa, pemenang Anugerah Juara Lagu 2004 itu menampilkan lagu Telinga Ke Tulang secara spontan sebagai tanda sokongan dan solidariti ke atas Palestin.

“Lagu tu kalau kita tengok lirik dia memang khas untuk orang yang sedang berjuang. Jadi kita ambil kesempatan ini untuk sama-sama bersolidariti kepada mereka di sana.

“Saya percaya laungan fans pada malam ini merupakan satu doa juga buat mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perancangan pada masa akan datang, Spider memaklumkan pihak mereka ada perancangan untuk mengadakan konsert bersiri jelajah, namun tidak dijelaskan dengan lebih terperinci mengenai perkara itu.

Selaku penganjur, pihak IFIX Entertainment juga optimis Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 mencipta sensasi tersendiri.

Malah kenyataan ini direalisasikan dengan kebanjiran 2,400 penonton yang hadir.

“Secara jujurnya pihak IFIX Entertainment sudah lama mengikuti perjalanan karier Spider.

“Walaupun sepanjang hampir 30 tahun Spider hanya memiliki enam album studio penuh tetapi daripada setiap album yang terhasil, mereka punya banyak hit atau lagu popular yang diminati ramai.

“Konsep ‘keluar sarang’ yang dicapai bersama IFIX Entertainment menjadi pertaruhan kami kerana peminat sedia maklum sudah cukup lama Spider tidak beraksi di pentas dalam konsert berskala besar,” kata wakil penganjur.

@xtra_my Replying to @Shazril_Izwan@91 Hingga Akhir Nanti🎶 satu-satunya lagu yang Spider cover dalam album pertamanya💖💖.. #fyp #xtramy #hinggaakhirnanti #konsertspiderkeluarsarang #spiderkeluarsarang24 #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 31 Oct 2018

Pasangan India Maut Semasa ‘Selfie’ Di Tebing Yosemite

“Adakah hidup kita bernilai dengan hanya satu foto?”

Featured Mon, 5 Aug 2019
Featured Wed, 20 Nov 2019

Bandar raya lestari inspirasi koleksi terbaharu Uniqlo Malaysia

Penuhi keperluan jangka masa panjang pengguna

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

‘Aafiyah Anak Yang Matang’ -Siti Nurhaliza

Selagi boleh, saya akan cuba bawa Aafiyah…

Trending Thu, 11 Feb 2021
Hiburan Sun, 7 Jan 2024

Terkilan Tak Dapat Hadir Ke Majlis Pengebumian, Shamsul Ghau Ghau Masih Belum Dapat Proses Berita Pemergian Arwah

Tak ada rezeki Paksu nak tengok arwah buat kali terakhir. Salam takziah buat keluarga Hamdan Senario

error: Content is protected !!